Alhamdulillah...
Allah mengizinkan kaki ini untuk berada dalam halaqah ilmu itu walaupun
seketika cuma...tempat itu banyak mengajarku erti kehidupan ini...
D sana ku menimba ilmu, mengharapkan redhaMu Ya Rabbi...
D sana ku temui sahabat sejati...Kasihnya hanya kerana Ilahi...
D sana ku pelajari tentang hati...Keikhlasan itu y ku cari...
D sana ku kenali para ilmuwan yang rendah hati...Y hanya mengharapkan redha Ilahi, walaupun tak bergaji...
D sana ku mengerti makna cinta hakiki...Y selayaknya untuk Ilahi...
D sana ku fahami erti duniawi...ramai insan di ulit mimpi...
D sana ku sedari, y batil d julang tinggi, y haq di caci2 di bumi ini, oleh manusia y pentingkan diri...
D sana cintaku bersemi, kerana ku mendamba kasihMu Ilahi...
Ampunkan hambaMu ini Ya Rabbi, dosaku menggunung tinggi...
Hati ini begitu gembira tika dapat mengenali sahabat2 di pondok Pasir Tumbuh walaupun seketika cuma...
D sana kami di latih untuk bangkit dari tidur seawal mungkin...persiapkan diri untuk solat subuh berjemaah...
sahabat2 akan memastikan sahabat2 lain tiada y tercicir untuk sama2 solat subuh berjemaah...
Selesai solat subuh, kami akan sama2 membaca mathurat dan zikir2...selesai mathurat dan zikir2, seorang pelajar akan di minta memberikan tazkirah mengikut jadual yang telah di tetapkan...
Kemudian, jam 7 pagi, kami bersiap untuk menadah kitab...pelajar muslimat dan muslimin di asingkan dan di pisahkan oleh tirai...dan xkan pernah bertembung kerana laluannya berbeza..sangat terpelihara...
Jam 8 pagi, kami semua bergotong-royong membersihkan kawasan,mengikut jadual tugasan...
masing2 tahu dan faham peranan masing2...dan saling membantu...then breakfast..
Jam 9.30-10.30, kelas kedua...
Kelas seterusnya pada jam 10.30-11.30...selalu sampai pukul 12tengahari sebab sesi soal jawab memakan masa yang agak lama...memandangkan cuti semester, maka ramai pelajar dari pelbagai universiti dan ipta datang untuk belajar di sana..dan ustaz/ustazah terpaksa melayan kerenah kami semua y dahagakan ilmu agama... kemudian, jam 12.00 tengahri, kami balik ke pondok untuk masak tengahari...masing2 menunjukkan bakat masing2 sebagai chef..sempat lagi kami buat kek coklat masa kat sana...pondok kami ketika tu di huni oleh 8-15 orang pelajar...
kami makan beramai2,makan guna talam...sungguh indah saat itu, kami makan bersuap2..walaupun baru mengenali each other, kami seperti sudah lama mengenali...
kemudian jam 1 tengahari, kami bersiap untuk solat zohor berjemaah...
kelas seterusnya jam 2.00-4.00 petang...
then, bersiap solat asar berjemaah...
lepas solat asar, ada kitab hingga jam 6.00 petang...
pukul 6, kami balik ke pondok untuk mempersiapkan diri...
solat maghrib berjemaah...
antara maghrib hingga isyak ada kitab jugak..,
kemudian, solat isyak berjemaah...
pukul 9.30 malam - 11.00 ada pengajaran kitab...
then, balik kelas, kami g belajar ngaji quran umah ustazah...betulkan tajwid...banyak y kena perbaiki..
sebelum tido, kami baca al-mulk beramai-ramai, dan doa tido...
jam 12 malam, lampu di padamkan...bersiap untuk tido...
kami tido beramai2 di madrasah...masing2 duk bercerita kisah hidup masing2 kat kawan sebelah,sampailah terlelap... saya plak excited jumpa sahabat baik,sekolah rendah n sekolah menengah sama2...skrg blajar kat Upm...lama xjumpa,tu y excited..kami berpakat sama2 datang pondok, d samping terlalu rindu untuk bertemu setelah sekian lama berjanji untuk bertemu...
Kami berkongsi cerita suka n duka, dia mengesat air mata saya bila saya berduka...
saya pujuk hati dia dengan janji2 Ilahi apabila hatinya derita...
kami sempat habiskan kitab feqah dan kitah haid, nifas dan istihadhah...kami juga blajar kitab mengenai makmum masbuk dan muafik...dan banyak lagi..ada juga kelas bahasa arab dan kelas jawi...
masa terluang y ada, saya n sahabat2 akan duk berbincang mengenai perkara2 yang telah di pelajari...
sungguh indah saat itu...pasti ku rindu detik itu...
terima kasih Ya Allah....
Sunday, January 3, 2010
Pasti ku rindu saat itu...
Posted by ain masturah at Sunday, January 03, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
enti mengingatkan kenangan indah semasa ana berkelana di pondok dulu, rasa nak menitis air mata...terima kasih
Post a Comment