Sunday, February 1, 2009

*siapalah aku....


SIAPA AKU


siapa aku d sisiMu Ya Allah...
di dalam keluarga,aku permata ayah bonda..

kewajipanku mentaati mereka…
aku jua kakak kepada adik-adikku...
yang mendamba kasih dan perhatian dariku...

aku adalah adik kepada abang dan kakakku...

bagi mewarisi kejayaan terulung...


di kalangan teman-teman...kekadang akulah teman bicara...

kekadang teman pengubat luka...

kekadang teman bergurau senda...

kekadang teman ke mana-mana...

di kalangan masyarakat....

aku adalah jiran tetangga...

aku adalah insan berkelana...

kekadang membantu yang tak upaya...

di kalangan para guru...

aku adalah penuntut ilmu...

yang memerlukan tunjuk ajar seikhlas hatimu guru...

menjadi harapan ayah dan ibu..

oleh itu,aku tidak harus jemu...

namun, di hadapanMu siapalah aku...

hamba yang menagih kasih sayangMu...

Ya Allah,jangan biarkan aku sendiri...

kerana aku tak mampu berdikari tanpa kasihMu Ilahi...

*cinta sejati...

CINTA SEJATI

alangkah beruntungnya dikau sahabat...

kau temui cinta sejati...

cinta yang kekal abadi...

yang pasti ke syurgawi...

tapi aku masih di sini...

merenung ke dasar hati...

mencari makna keikhlasan diri...

dalam mencari kasih Ilahi...

Apakah kan ku temui sinar yang di cari...

yang pasti telah ia hadir berkali-kali...

namun nafsu menodai...

adakah kan muncul kembali...

menginap di sanubari...

dan aku kini, harus lebih berdikari...

kerana aku bersendiri, tanpamu sahabat untuk menemaniku...

seperti hari-hari yang kita lalui bersama...

tidak pernah ku melupaimu...

kerana kau sahabat sejati...

moga bertemu di syurga nanti...

harapan setulus hati...

ku pohon kasihMu ilahi...

*pasal judi...

kenapa judi di haramkan...
pernah x persoalan ini bermain di fikiran kita...
mungkin pernah...
seringkali juga ia menjadi persoalan dalam masyrakat...
namun setakat mana penghayatan individu terhadap parkara ini?

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai pengharaman judi,suka untuk saya kongsikan citer ‘kasih seorang ayah’ bersama kalian semua…
bila di sebut perkataan ayah,pastinya tergambar di fikiran kita seorang lelaki y agak tegas terhadap anak-anaknya…mungkin juga anda menggambarkan seorang y garang…tidak kurang juga ada y menggambarkan ayah seorang y penyayang dan prihatin terhadap anak-anaknya…y pasti,setiap y bergelar ayah menginginkan kejayaan d pihak anak-anaknya…
bukan sekadar cemerlang akademik,bahkan dari segi pergaulan pun,pastinya ayah nak lihat anaknya seorang y sopan,patuh n taat pada orang tua…bicara y sopan…cara berpakaian y sopan n menutup aurat…untuk apa ayah buat semua tu?kerana dia seorang ayah…
tapi kita seringkali melawan cakap ayah kan…mungkin anda semua tidak pernah melukai hati ayah,tapi diri ini banyak berdosa kpd ayah…bila dah mohon maaf pada ayah,seringkali pula kita mengulangi perkara y sama…tapi ayah tetap sabar…kita xtahu betapa hati ayah pilu bila kita meninggikan suara…ayah sedaya upaya menahan air mata d hadapan kita…
tapi tahukah kita,d belakang kita,ayah menangis kerana perbuatan kita… x rasa berdosakah kita…tapi kita kadang2 terus bangga dengan apa y kita buat…ayah seringkali memaafkan kita…kerana dia seorang ayah…pernah x anda bengang bila ayah marah sebab terlambat pulang ke rumah…bila ayah tanya kenapa lambat,kita pulak buat muka kat ayah…sepatutnya kita mintak maaf dari ayah…tapi ayah tetap sabar…tahu x kita betapa ayah risaukan kita bila kita pulang lewat malam…tapi kita duk seronok2 je sambil lepak2…
pernah x kita x hiraukan ayah bila ayah kejutkan kita solat subuh…mesti anda semua x pernah,tapi diri ini terlalu bersalah terhadap ayah…pernah x ayah tegur kita bila result exam teruk…mesti kalian semua x pernah sebab result kalian tentunya cemerlang…tidak seperti diri ini…terlalu banyak bermain2…knp ye ayah buat semua itu…x penat ke ayah…kerana dia seorang ayah…lupakah kita pada setiap pengorbanan ayah sejak kita masih kecil lagi…
bukankah ayah y selalu mandikan kita…dia jugak y suapkan kita d kala perut minta d isi…
siapkan makan minum kita d waktu ibu kepenatan…bukankah ayah y menghantar kita ke sekolah…sehingga kita menjadi kita hari ini…bukankah ayah y membekalkan duit belanja…
tahukah kita,ayah sedaya upaya memenuhi kehendak kita…begitu besar pengorbanan ayah…bukan kepada kita sahaja,bahkan terhadap adik-beradik y lain juga begitulah keadaannya…kerana ayah tahu apa y terbaik untuk anak-anaknya…kepada sahabat2 y x berkesempatam merasai kasih sayang seorang ayah, begitu hebat cinta Dia kepadamu…kerana Dia tahu kau mampu memikul ujian itu…bersabarlah wahai hati,contohilah Rasulullah saw…baginda juga di lahirkan dalam keadaan yatim…
Mungkin anda semua tertanya2 apakah kaitannya pengharaman judi dengan kisah kasih seorang ayah…mungkin juga anda dapat membaca apa y cuba d sampaikan….
kenapa Allah swt mengharamkan judi?
Kerana Dia Maha Mengetahui…Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya…
Kasih sayang seorang ayah terhadap anak2 tidak berbelah bagi,kasih Ilahi terlalu agung tiada bertepi…bukankah Dia y menciptakan kita…bukankah Dia y member rezeki kepada kita…bukankah Dia y sentiasa setia mendengar rintihan hati kita d kala teman2 hanya d sisi d waktu suka…bukankah Dia y memberikan kita kudrat dan tenaga…bukankah Dia y memperlihatkan keindahan2 kepada kita..bukankah kerana Dia kita boleh berbicara…
Bukankah kerana dia,kita bebas ke mana2…Dia melarang kita terhadap sesuatu perkara pasti ada sebabnya…begitu juga seperti kisah kasih seorang ayah…semuanya kerana Dia terlalu sayangkan kita…Dia menghukum kita apabila leka,untuk mendidik jiwa…Dia memberikan ujian2 kepada kita…supaya hati kembali kepadaNya…Dia mengharamkan judi kepada manusia…kerana pasti itu y terbaik,terimalah seadanya…kerana Dia pencipta kita…



Di bawah ini ingin juga saya kongsikan sebahagian petikan khutbah jumaat:
Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
25 Jun 2004/ 7 Jamadilawal 1425

Nilai-Nilai Islam yang Sejagat

Mengenai amalan-amalan yang di haramkan di dalam Islam pula, mempunyai beberapa hikmah tertentu, dimana sebahagiannya kita mengetahui dan sebahagian yang lain pula tidak kita mengetahui hikmahnya. Namun, nilai yang ditekankan oleh agama Islam sebenarnya adalah untuk kebaikan umat manusia sejagat.

Sebagai contoh, nilai didalam pengharaman judi adalah supaya manusia bekerja keras untuk mendapatkan hasil pencarian dan supaya tidak memakan harta seseorang secara bathil atau dengan cara penipuan atau penindasan.

Perjudian juga boleh mencetuskan permusuhan diantara teman dan kerabat, yang mana kadangkala sehingga berakhir dengan pembunuhan. Tabiat judi yang sukar dihapuskan juga telah menyebabkan ramai keluarga musnah dan berakhir dengan perceraian, sedangkan yang menjadi mangsa hanyalah anak-anak dan juga masyarakat yang terpaksa menaggung akibatnya yang lahir daripada tabiat dan aktiviti keji tersebut.

Walaupun perjudian boleh memberi kemanfaatan sedikit di dalam berbagai aspek seperti pembangunan ekonomi, pekerjaan atau sebagainya akan tetapi, memandangkan keburukan dan masalah kemasyarakatan yang lebih besar, maka Islam telah mengharamkan perjudian daripada apa sahaja bentuk atau cara.

Allah swt telah berfirman di dalam Surah Al Maaidah, ayat 90:
Yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, perjudian, (penyembahan) berhala, menilik nasib adalah amalan keji daripada perbuatan-perbuatan syaitan. Maka jauhilahnya agar kamu mendapat keberuntungan.”

Sesungguhnya, pengharaman judi bukanlah hanya untuk kebaikan umat Islam, akan tetapi pengharamannya adalah untuk kebaikan dan maslahah masyarakat keseluruhannya. Inilah juga antara nilai yang ditekankan di dalam Islam, di mana kita tidak harus mengutamakan keuntungan atau kemanfaatan sedikit tetapi boleh menyebabkan berlakunya kemudharatan yang lebih besar kepada masyarakat.

Allah swt telah berfirman di dalam Surah AlBaqarah, ayat 219:
Yang bermaksud, “Mereka bertanya kepada mu tentang khamar dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa kemanfaatan bagi manusia, tetapi dosa (keburukan) keduanya lebih besar daripada kemanfaatannya…”



Daripada khutbah yang di sampaikan hari ini, terbuktilah bahawa nilai-nilai yang di bawa oleh agama Islam adalah nilai untuk manusia sejagat dan bukannya di khas kan hanya untuk umat Islam semata.

Persoalannya kini adalah bagaimana dapat kita mengamalkan dan berkongsi sama nilai-nilai murni tersebut dengan masyarakat yang lain agar kehidupan kita di negara ini lebih sejahtera, aman dan mulia serta diberkahi oleh Allah swt.