Saturday, January 30, 2010

* Duhai hati, cintailah ilmu...

Jums sahabatku…

Sahabat2 d UDm.. jums ikut kelas talaqqi… setiap hari Khamis di blok GA08(xpasti no bilik, tapi aras bawah la…) kelas ni open untuk ahli kelab nadi huhfaz n open jugak untuk pelajar2 UDm.. best sangat kelas ni.. d kendalikan oleh Ustaz Fajrulhisham.. dalam kelas ni, kiata boleh betulkan tajwid kita d samping betulkan sebutan atau makhraj..dalam kelas ni, kita sama2 belajar…jgn segan2… penting untuk kita betulkan tajwid agar bacaac al-fatihah yang menjadi rukun solat itu d baca dengan sempurna..begitu juga surah2 lain…

Ustaz Fajrulhisham ada jugak buat kelas kemahiran al-quran dan tarannum setiap hari isnin, jam 9 malam d GC18.. kelas d khas untuk pelajar IPEND (ijazah pendidikan islam..)sebenarnya…tapi ustaz open kat mana2 student UDM y nak join… setakat ni saya belum berkesempatan g kelas ni.. baru dapat maklumat..InsyaAllah kalau d izinkan…

D jangan lupa juga, untuk join kelab bahasa arab…setiap hari isnin jam 8.00 – 11.00 malam d bilik aktiviti FKI… kelab bahasa arab (Kelab Debat Bahasa Arab sebenarnya) mengadakan kelas or diskusi mengenai sesuatu isu atau topic kemudian d bincangkan dalam bahasa arab..pelajar akan membina ayat dalam kumpulan kecil dan akan d latih bercakap dalam bentuk perdebatan.. kelas ni juga d adakan pada hari jumaat jam 9 pagi juga d bilik aktiviti FKI (d blok E..)..anjuran KElab Debat bahasa Arab… Beberapa orang pensyrah FKI turut serta member sumbangan ilmu untuk kelas ini…

Saya suka kelas ini…setiap hari Jumaat, jam 8.30 pagi, Ustaz Shafie akan mengajar Kitab Hidayatul Salikin d surau perkarangan asrama baru (surau At-thariq…) dan d ikuti dengan kitab Ayyuhal Walad.. Kitab Hidayatul Salikin menghuraikan ilmu tasawwuf yang menjadi fardhu ‘ain untuk d pelajari… selalunya kelas ni x lama pun, dalam pukul 10.30 dah habis..n then boleh balik umah, yahuu..he… n jumaat 5 februari, kelas macam biasa… tapi kelas pada 12 februari d bawa kepada hari selasa 9 februari (lepas solat asar) juga d surau At-Thariq…al maklum, ramai y balik umah pada jumaat 12 hb coz cuti..

Thanz 4 Ustaz Fauzi…InsyaAllah ada kelapangan saya nak ikut gak kelas ustaz..tapi setakat ni, jadual bertindan..Ustaz Fauzi sangat expert bahasa Arab..

*Sebatan Sivil vs Syariah..

bila tengok iklan2 kat papan2(walaupun x d perbuat drpd papan pun, batu,he..) pasal tajuk ni, macam berat je isu y akan d bawa... berbelah bagi sama ada nak g ke x..dapat sms drpd sahabat2 gak pasal forum ni...sabtu malam(8.15 malam) kat DABS..dewan al-mukhtafi billah shah,udm..sampai udm dalam pukul 7lebih..naik bas dari kemaman,ngan kak ecah..best balik umah walaupun semalaman je..n lepas solat maghrib, rumet tanya, "kak ain nak pi x dabs.."(dgn loghat kedahnya..) "jums g dabs..y lain nak g x?(saya jawab dgn nada macam excited,huhu..)" "tak tau depa,sat nak tanya shida.." akhirnya kami g gak dabs..sampai sana, dah ramai pelajar y memenuhi kerusi2.. forum baru start..masa kami sampai, tgh d tayangkan video2 pasal kes2 sebatan..mengerikan... then, masuk pusingan pertama..n seterusnya..
ahli panel mendefinisikan sebatan itu dari sudut syariah n sivil..
dari sudut syariah: memukul kulit dengan sesuatu(bukan kulit dengan kulit seperti tampar atau tumbuk) menggunakan rotan(bukan tongkat)..sebatan y sederhana, rotan y sederhana..bukan dengan niat membalas dendam..dan ada cara dia untuk merotan(maksudnya orang yang memukul tidak mengangkat ketiak)..
dan hukuman sebatan d lakukan apabila si pesalah berikrar mengaku bersalah..ataupun di datangi 4 saksi y adil..apabila xde saksi, si pesalah perlu mengaku n bersumpah sebanyak 4 kali mewakili saksi...

dan hukum Allah itu mengandungi hikmah yang tersembunyi.. tapi malang, hukum Allah d ketepikan dalam dunia hari ini..hukuman Allah itu bertujuan menginsafkan si pesalah dan masyarakat sekeliling... dan hukuman itu tidak mengira jantina n umur bagi memberi kesedaran bagi segenap lapisan manusia..


tapi berbeza dengan hukuman sivil y d laksanakan d sesetengah negara Islam...bukan saya ingin beremosional, tapi yang haq tetap haq..

dan betapa terkejutnya saya untuk mendengar isi kandungan hukuman ini..
antaranya, sebatan WAJIBLAH d lakukan d penjara..(dan bagaimana untuk menyedarkan masyarakat sekeliling?? adakah sebatan d lakukan untuk menyedarkan orang yang menyebat sahaja)..berbeza d zaman Rasulullah saw dan para sahabat...hukuman d jalankan d depan khlayak,,dgn itu, menjadi pengajaran kpd semua agar tidak mengulangi kesilapan y sama..xkira la hukuman sebat, qisas, hudud dan lain2..)
dan kandungan lain hukuman sivil ialah pesalah perempuan tidak d kenakan sebatan..(dan siapa y melahirkan bayi d luar nikah, malah menganiaya bayi dgn membunuh hidup2, mencampak dalam sungai, buang kat tempat pembuangan sampah??? bukankah kaum perempuan??? dan tidak akan berlaku penzinaan tanpa kerelaan perempuan itu sendiri..memang perempuan kaum y lemah, sebab itulah perempuan perlu d jaga sebaik mungkin,bukannya memanjakan perempuan itu sendiri dgn merelakan perempuan terus melakukan maksiat...)


dan antara lain kandungan hukuman itu ialah pesalah y berumur 50 tahun ke atas tidak akan d kenakan hukuman...(dan adakah lelaki tidak mempunyai nafsu bila berumur 50 tahun ke atas??? itu kalau kes zina..kalau kes2 lain?? ini memberi peluang kepada pesalah2 untuk mengulangi kesalahan dan lansung tidak memberi pengajaran kepada masyarakat... )


INGATLAH SAUDARAKU, ISLAM ITU MUDAH..TAPI BUKAN UNTUK D PERMUDAH-MUDAH...

ni gambar2 y d ambil waktu pameran...











Ain vs Husna... sape naik pelamin dulu?? =)

Thursday, January 28, 2010

*Saidatina Khadijah...

Kaulah lambang cinta sejati


Srikandi pertama tika islam bermula

Hatimu menyalakan keyakinan

Hartamu membuktikan pengorbanan



Rasul keseorangan engkaulah teman

Dia tersisih engkau memilihnya

Dia terbuang engkau menyayanginya

Kerana iman kau sanggup berjuang


Siti Khadijah namamu indah

Qudwah hasanah tauladan ummah

Jikalau rasul terpinggir

Engkaulah insan terhampir



Siti Khadijah mujahidah solehah

Agung jasamu dipersada sejarah

Pemergianmu ditangisi nabi

Hingga kini tiada pengganti


Sunyi jalan menuju Allah

Menggamit hati mencari teman

Indah jalan menuju allah

Jika teman seperti Khadijah

Masih ada lagi...

*Ajarkanku bahasa arab...

Beruntungnya sape yang boleh berbahasa arab...bestnya sape y fasih berbahasa arab...

bahasa al-quran...bahasa syurga...dari form 1 lagi saya sering ikut rancangan "mari belajar bahasa arab” atau haaya bil arabiyah di ikim.fm"..rancangan tu setiap hari jam 8.30 pagi dan ulangannya jam 6.30 petang...kalau dulu, disebabkan sekolah pagi, so dengar petang jela..sekarang ni kalau kelas xde pagi, bolehla dengar waktu pagi..tu pun kalau dah wake-up,oppss..he.. kadang2 terlepas jugak, coz ada macam2 perkara yang perlu disiapkan.. dulu waktu sekolah rendah, masa darjah 5, ambik fardu ain or kelas kafa… ada 7 subjek yang perlu score…seingat saya ialah feqah, tauhid, akhlak, jawi, sirah, bahasa arab dan tajwid.. tapi paling best n paling saya study ialah bahasa arab…xtahu la nape..so bertungkus-lumus study ketujuh-tujuh subjek tu…agak tired la sket coz kena cover yang darjah 4 sendiri-sendiri… waktu tu sahabat2 banyak membantu…ustazah turut bagi support… perjuangan bertungkus-lumus tidak sendiri waktu tu..saya dan 4 orang sahabat lain turut bersama2 sebab kami berlima yang ‘melompat’ waktu tu..opps, jangan salah faham.. bukan bermaksud hobi kami suka melompat, tapi kami melangkau kelas… best gak bila sekelas dengan pelajar yang lagi matang dari kita, banyak benda boleh d kongsi bersama2… thanz sahabat2 yang banyak membantu… Alhamdulillah, dapat score semua A… ramai gak yang dapat 7A waktu tu… ustazah umum saya dapat no 2 waktu tu untuk kelas kafa, terkejut gak,he.. ingatkan bahasa arab je A, coz yang lain study gitu2 je, he… semangat betul balik umah, bagitahu ma n abah… tapi takdir lebih mengetahui segalanya… waktu pertengahan tahun masa darjah 6, ustazah yang ajar kami kelas kafa pergi mengadap Ilahi…Al-Fatihah buat Ustazah Nafisah… sebelum ustazah pergi, ustazah ada mengkhabarkan kepada guru kelas kami, cikgu kamariah, yang kami berlima perlu ambik ujian kafa semula, sebab syarat untuk ambik ujian kafa waktu tu ialah kena berumur 11 tahun.. kami baru umur 10 tahun waktu ambik ujian kafa tu, cedih…

tapi saya yakin, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya… so kami kena ambik semula waktu kami darjah 6… bila dah darjah 6, tahu2 jela..kami sibuk dengan kelas tuisyen petang dan malam… kelas kafa pukul 2- 4.30 petang.. sedangkan kelas tambahan untuk UPSR pukul 3- 5 petang… so,kami sempat pergi kelas kafa pukul 2- 3 petang je… pukul 3-5 kami g kelas tambahan plak..pelajar lain g kelas kafa pakai baju sekolah, kami g pakai baju biasa, sebab nak terus g kelas tambahan UPSR… agak tired jugak masa tu.. coz malam ada lagi kelas tambahan.. sekolah kami wat kelas tambahan petang dan malam.. hujung minngu wat gak.. masa tu sangat rajin belajar, xmacam sekarang,he… tapi apakan daya, saya terpaksa meneruskan perjuangan seorang diri untuk ambik semula kelas kafa… 4 sahabat saya xnak ambik semula ujian, coz ujian tu cuma d perlukan untuk sambung ke sekolah menengah agama kat ganu ni waktu tu…

memandangkan cita2ku waktu tu nak sambung sekolah menengah KOSPINT.. xingat kolej apa dah tapi sekolah tu sekolah agama sains, student dia hafaz quran… 4 sahabat saya tu sume nak g sekolah sains n mrsm..masa darjah 6 tu, macam xsemangat je nak ambik semula kafa… bukan apa, sebab kelas bertindan, n dah banyak lupa dah pasal subjek2 kelas kafa… n sebab utama saya xnak g kelas kafa ialah, terpaksa duk satu kelas ngan adik lelaki saya yang ketika tu lompat kelas jugak...xmahu, uwa… tapi sebab teringatkan bahasa arab, terus saya bersemangat nak ambik semula kelas kafa.. tu pun lepas puas ustazah baru pujuk saya..ma abah n kakak saya pujuk gak.. aduh, first time sekelas ngan adik… sebenarnya, bukan apa, takut adik lagi terer dari saya, he.. mana nak letak muka ni, kui2.. tapi Alhamdulillah, dapat sume A gak, n dapat nombor 2 lagi, he.. sahabat baik saya yang kamcin dari darjah 1-3 dapat no 1..tahniah Salina… dia memang budak bijak..tapi kami pernah gaduh berebut pakwe masa darjah 2,he.. last sekali si budak y kami berebut tu pindah sekolah, baru padan muka, dua2 xdapat,he… masa ustazah umum dapat 7A, nak melompat rasa coz arab dapat A,he.. ustazah bagi adiah.. yahu.. adik saya hebat gak, dapat 4A.. tapi xkesampaian nak g kospint, kawan abah kata, kalau sekolah bawah kerajaan negeri waktu tu, xdapat buku teks..so abah xbagi pergi.. n abah risau anak dara dia ni x pandai berdikari, coz sekolah tu jauh dari umah..n saya waktu tu kecik lagi.. waktu tu, hanya air mata yang menemani idupku, cewah.. so masuk la smk tg Mahmud, tempat cintaku bersemi, fewet.. sekolah tu memang la sekolah best, untuk pelajar 5A upsr, n bukan sekolah agama..tapi hatiku tetap pada kospint gak.. ngajuk ngan abah, tapi xlama.. coz abah dah didik kami sebaiknya… sampaikan tawaran ke mrsm pun saya tolak, coz xdapat kospint,he..degil kan.. sedih sangat xdapat ambik subjek bahasa arab.. tu yang bila masuk udm, excited sangat bila kami ambik subjek bahasa arab, tapi satu sem je,he.. walaupun ambik degree sains computer, ruang2 yang ada untuk bahasa arab perlu.. walaupun xpandai pun bahasa arab, he..

Monday, January 25, 2010

*dalam satu perjuangan...


 
sahabat...
saatku tercari2 makna kehidupan ini...
saatku tercari2 sahabat dalam perjuangan...
kalian hadir memimpinku bersama2 mencari redha Ilahi...
saat hatiku sepi sendiri...
kalian hadir membawa ceria dan tawa...
hingga terkadang ku tersenyum sendiri...
saat diri rebah terkulai layu...
kalian hadir memberi semangat baru untukku bangkit kembali...
saatku terleka dengan duniawi...
kalian tidak membuangku bahkan membisikkan kepadaku mengenai janji2 Ilahi yang pasti......

sahabat...
kekaadang lisan tersalah bicara...
kekadang hati tersalah mentafsir...
kekadang kelakuan terkasar jua...
harapanku agar kalian memaafkan kealpaan diri ini...
kerana aku insan tersangat kerdil di sisi Ilahi...
harapanku agar cinta kita terus bersemi...
harapanku agar bertemunya kita di syurga abadi...

dan sahabat...
dalam destinasi pencarian dan perjuangan ini...
lumrah alam setiap yang bertemu pasti berpisah...
dan hakikat itu harus kita terima meskipun terlalu payah...
ingatlah  kenangan dalam perjuangan sewaktu kita bersama...
jadikan ianya semangat untuk kalian teruskan perjuangan...
kerana perjuangan itu bukan berakhir di sini...
semoga beroleh redha Ilahi...
dan aku harus meneruskan langkah kaki ini...
berbekalkan semangat dan cinta y kalian semai d hati ini...
untuk mendamba redha dan kasih Ilahi...

sahabat...
teruskan perjuangan...
dan doa buat kalian ku iringkan...
bersama harapan agar Islam terus terbilang...

Saturday, January 23, 2010

*Kau yang teristimewa...

Zainab Al-Ghazali..?


Saya yakin ada yang telah pernah mendengar nama ini…Zainab Al-Ghazali…Nama penuh beliau ialah Zainab Al Ghazali Al-Zubaili . Beliau dilahirkan di sekitar tahun 1917. Zainab Al-Ghazali merupakan pengasas Jamaah Saidatina Muslimah yang merupakan gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.
Walaupun dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, As-syahid Imam Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah dan ditugaskan memimpin Jamaah Saidatina Muslimah. Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.
Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.

Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.

Bagaimana pula dengan kita di Malaysia??

Beliau bersuami, suaminya seorang yang dihormati, seorang ‘Ulama yang berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada beliau untuk meneruskan dakwah ditengah-tengah masyarakat manus.

Semasa perkahwinan beliau berlansung, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, “Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya.”

Dia memperingatkan suaminya lagi, “Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T.”

Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W. Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al- Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath, Aminah Al-Jauhati.

Setelah Mursyidul ‘Am Hassan Al-Banna syahid, Zainab Al-Ghazali terus berbai’ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul ‘Am penganti Hassan Al-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka dan mengambil pengajaran daripada mereka.

Namun, mehnah dalam perjuangan…Zainab Al-Ghazali di uji hebat oleh Allah swt…Pada tahun 1965, Zainab Al-Ghazali telah di tangkap oleh pemerintah ketika itu Regim Jamal Abdel Nasser yang sangat membenci gerakan-gerakan Islam Zainab Al-Ghazali di jatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun…Tetapi pada tahun 1971, Regim Jamal Abdel Nasser telah meninggal dunia dan Zainab Al-Ghazali dibebaskan…

Tetapi,ketika beliau berada di penjara, pelbagai halangan perit yang telah Zainab Al-Ghazali lalu. Ingin saya kongsikan cerita Zainab al-Ghazali ini yang di petik dari buku karangan beliau sendiri yang bertajuk “The Return of Pharoah”

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7) “

Zainab Al-Ghazali juga turut mengalami pelbagai penyeksaan lain seperti di beri makan dengan roti yang disaluti najis..Ketika di penjara juga, suami Zainab Al-Ghazali telah di paksa untuk menceraikan beliau. Namun, dugaan yang dihadapi tidak mematahkan semangat Zainab Al-Ghazali untuk terus menyampaikan dakwah..Beliau menggunakan peluang yang ada untuk menyebarkan dakwah kepada banduan-banduan..Bahkan Zainab Al-Ghazali terus menerus menghidupkan malam-malamnya untuk bermunajat kepada Allah swt..Lidahnya sentiasa basah melafazkan zikrullah..

Begitu hebat pengorbanan Zainab Al-Ghazali dalam memperjuangkan Islam..

Dan apakah sumbangan kita pula untuk Islam??

Jangan jemu untuk berjuang sahabatku…

Jalan perjuangan memang memenatkan…

Yakinlah dengan janji-janji Ilahi…

Derita perjuangan itu, syurga hadiahNya..

Jangan takut untuk berjuang…

Islam wajib di pertahan…

Jangan leka dalam perjuangan…

Kerana kita mujahid Islam…

Kerana kita perlukan Islam…

Sahabat, berdolah kita agar dipermudahkan segala urusan… Berdoalah kita agar diperkuatkan iman…Jangan kita lari dari perjuangan…Kita perlukan Islam…Andai kita berpaling dari perjuangan, pasti akan lahir pejuang-pejuang di setiap zaman..Dan d manakah kita di sisi Tuhan??

Wednesday, January 20, 2010

*Tanda-tada kematian...

Adapun tanda-tanda kematian menurut ulama adalah benar dan nyata, hanya amalan dan ketakwaan kita saja yang akan dapat membedakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hingga akhir hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, hanya ketika sampai bahagian tubuh dan kepala saja beliau telah memanggil abangnya yaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertobat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir yaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbagi pada beberapa keadaan :

1.Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2.Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3.Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

4.Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5.Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

6.Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesadaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon ampunan baik dari Allah SWT maupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahwa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh karena itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga pikiran dalam upaya kita untuk mencari keridaan Allah SWT di dunia maupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. WALLAHUALAM.

Tuesday, January 19, 2010

Aku Masih mencari cintaku...

Cintaku...
Aku merayu..
Jangan kau pergi jauh dariku...
sungguh aku tak mampu untuk bersendiri tanpamu...

Cintaku...
betapa aku ingin memilikimu...
betapa aku merinduimu...
betapa aku memerlukan belaianmu...
betapa aku terseksa tanpamu...
betapa aku terluka tanpa kasihmu...
betapa aku lemah tanpa sokonganmu...

Cintaku...
telah aku lewati lorong-lorong sepi dalam mencarimu...
telah aku gagahi diri dalam menggapai manismu...
telah aku di lukai berkali-kali dalam pencarian ini...
telah aku jatuh dan bangun berulang kali dalam destinasi ini...
kadangkala putus asa menyelubungi diri...

Cintaku...
Hadirlah menemani diri...
Aku ingin memiliki cintaku dengan setulus hati..
Aku ingin menjaga cintaku dengan penuh suci...
Dan dalam pencarian ini, aku harap cintaku akan ku temui...

Ya Rabbi, Engkau Maha Mengetahui rintihan hati...
Hadirkanlah cintaMu di hatiku..
Engkau pentadbir segala hati..

Saturday, January 16, 2010

Gerhana Matahari 15 Januari 2010...

Best gak ambik subjek falak ni...
dah lama rindu nak blaja ilmu2 sains astronomi ni setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan.. (cewah,macam dah bertahun2 bunyinya,he..)Untuk subjek Falak Syarie, ISE 4042, Kursus Elektif Luar Fakulti,di bawah didikan Dr,Baharuddin, kami berkesempatan untuk sama2 membuat cerapan sewaktu berlakunya gerhana matahari baru ni...(d samping menyiapkan tugasan sebenarnya,=)..pengalaman indah..)




Gamabar2 ni kami ambik melalui teleskop y
disediakan oleh unit Falak UDM...

 
 
 
 
 
 
 
 
 



percaya atau tidak???...
telur ayam boleh berdiri ketika berlakunya gerhana matahari..
ini disebabkan daya graviti yang selari terhasil ketika berlakunya gehana matahari...

Y segak ni la Dr.Baharuddin, lecturer kami...
  

















Shida segan2 plak nak tgk..kat ganu ni dapat tgk bulan separa je..
ada negara y dapatgerhana anulus(gerhana cicnin)

Bagaimana Gerhana Matahari Terjadi??

Gerhana matahari terjadi ketika posisi Bulan terletak di antara Bumi dan Matahari sehingga menutup sebagian atau seluruh cahaya Matahari. Walaupun Bulan lebih kecil, bayangan Bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya karena Bulan yang berjarak rata-rata jarak 384.400 kilometer dari Bumi lebih dekat dibandingkan Matahari yang mempunyai jarak rata-rata 149.680.000 kilometer.


Gerhana matahari dapat dibahagikan kepada tiga jenis yaitu: gerhana penuh, gerhana sebagian, dan gerhana cincin. Sebuah gerhana matahari dikatakan sebagai gerhana penuh apabila saat puncak gerhana, piringan Matahari ditutup sepenuhnya oleh piringan Bulan. Saat itu, piringan Bulan sama besar atau lebih besar dari piringan Matahari. Ukuran piringan Matahari dan piringan Bulan sendiri berubah-ubah tergantung pada masing-masing jarak Bumi-Bulan dan Bumi-Matahari.

Gerhana sebagian terjadi apabila piringan Bulan (saat puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari piringan Matahari. Pada gerhana ini, selalu ada bagian dari piringan Matahari yang tidak tertutup oleh piringan Bulan.

Gerhana cincin terjadi apabila piringan Bulan (saat puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari piringan Matahari. Gerhana jenis ini terjadi bila ukuran piringan Bulan lebih kecil dari piringan Matahari. Sehingga ketika piringan Bulan berada di depan piringan Matahari, tidak seluruh piringan Matahari akan tertutup oleh piringan Bulan. Bagian piringan Matahari yang tidak tertutup oleh piringan Bulan, berada di sekeliling piringan Bulan dan terlihat seperti cincin yang bercahaya.

Gerhana matahari tidak dapat berlangsung melebihi 7 minit 40 saat. Ketika gerhana matahari, orang dilarang melihat ke arah Matahari dengan mata kasar karena hal ini dapat merosakkan mata secara kekal dan mengakibatkan mata menjadi buta.



Fenomena Gerhana Matahari serta Solat Gerhana

SOLAT KUSUF

Solat ini disyariatkan pada Rabiul Awal tahun 10 Hijrah bersamaan Jun 631 Masehi. Pada hari itu berlaku gerhana matahari. Mengikut kepercayaan karut orang Jahiliah, apabila berlaku gerhana maka sesuatu yang buruk telah berlaku di bumi.

Ditakdirkan Allah, pada hari tersebut anak lelaki Nabi s.a.w bernama Ibrahim, wafat. Melihat hal itu ramailah orang Islam percaya bahawa gerhana itu ada kaitan dengan kematian Ibrahim, anak Nabi s.a.w. Ada yang mengatakan gerhana itu adalah mukjizat Ibrahim. Nabi mendengar kata-kata orang itu. Setelah selesai mengkebumikan anaknya maka Nabi s.a.w. pun pergi ke masjid dengan tergesa-gesa, lalu diajaknya orang Madinah sembahyang gerhana matahari. *2

HIKMAH

Ramai orang bertanya, mengapa kita sembahyang gerhana, sedangkan gerhana adalah kejadian alam? Memang, dalam Is¬lam gerhana adalah kejadian sunnah Allah, seperti disebut oleh Nabi: “Bahawa matahari dan bulan adalah salah satu dari ayai Allah, bila berlaku gerhana maka bukanlah disebabkan seseorang mati atau hidup. Apabila berlaku maka bertakbirlah, dan bersedekah dan dirikan solat“. (Bukhari, Muslim, Nasa’i. *3)

Tujuannya jelas, untuk menolak perkara atau kepercayaan khurafat tentang kejadian gerhana. Seperti dikatakan, orang Arab percaya gerhana berlaku disebabkan kematian raja, wali atau sebagainya. Di kalangan masyarakat tradisional, baik di Eropah, Afrika atau Asia, kepercayaan karut tentang kejadian gerhana memang ada. Bahkan dalam masyarakat tradisional Melayu pun ada. Ada masyarakat yang sujud kepada matahari atau bulan ketika gerhana. Mengaitkan kejadian di bumi dengan gerhana amat ditentang oleh Islam *4 dan sains.

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. (Surah Fussilat 41: Ayat 37)

Solat yang didirikan pada masa gerhana bukanlah untuk menyelamatkan bulan atau matahari, bukan juga untuk mengelakkan bala yang akan datang. Sebaliknya untuk meningkatkan keimanan kepada Allah, disamping menanamkan pemikiran saintifik dalam budaya orang Islam. Orang Islam dikehendaki mengetahui dan sentiasa menyedari peranan matahari dan bulan dalam kehidupan manusia dan hidupan lain di bumi.

Maka itu, mengikut Quran, orang Islam lelaki dan perempuan dikehendaki menjaga bumi dan ekologinya, supaya tidak rosak dan tercemar. *5

Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. (Surah al-Baqarah 2: Ayat 11)



Maksudnya: Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (Surah al-Baqarah 2: Ayat 12)

Dengan mendirikan solat gerhana dan mendengar khutbahnya, diharapkan manusia sedar akan tanggungjawabnya menjaga bumi di hadapan Allah, dan berasa kerdil dan lemah terhadap keagungan Allah. Solat ini lebih utama dilakukan secara berjamaah, namun boleh juga dilakukan secara bersendirian.

Apabila berlaku gerhana, maka umat Islam lelaki atau wanita yang berada di tempat berlakunya gerhana itu, berhimpun di masjid atau surau, mendirikan solat gerhana secara berjamaah. Jika tidak dapat berjamaah, solat boleh didirikan bersendirian. Jika gerhana sudah selesai, tidak perlu sembahyang gerhana. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman web di bawah…
Di petik dari;





Wednesday, January 13, 2010

Isu penggunaan nama Allah SWT...

http://www.ustazamin.com/2010/01/sekilas-32-isu-penggunakan-nama-allah.html

http://anaskusza.blogspot.com/2010/01/allahyang-ku-agungkan-itu-maha-agung.html

Di dunia akhir zaman ini, musuh-musuh Islam akan terus berusaha untuk menjatuhkan Islam dengan pelbagai cara dan musuh-musuh islam ini tidak akan pernah 'tido' walau seketika dalam menjatuhkan Islam...Umat Islam seharusnya segera bangkit dari mimpi dan angan-angan indah agar Islam kan d julang tinggi..Apakah sumbangan kita terhadap Islam??? sedangkan kita mengaku Islam???
Mengenai isu penggunaan nama Allah, anda boleh layari address di atas, y mana mengulas mengenai isu ini...Islam itu Indah dan Mudah, tapi jangan d permudah-mudah, kelak balasan Allah pasti datang...Ayuh kita bersatu hati...

Bilakah lagi, kita semua satu hati..
bilakah lagi keamana kan d kecapi..
Bilakah lagi Islam kan d julang tinggi..
Bngulah wahai umat, kita satu hati...

Marilah bersama bersatu berjihad, menentang kezaliman..
Oh insan sedarlah, pembalasan tuhan pasti akan datang..
Jangan takut,berjuanglah untuk keamanan...

Tuesday, January 12, 2010

Semuanya kerana cinta...

Kata orang memang perit cinta ditolak...
Tapi sebenarnya lagi sukar untuk membuat pilihan...

Tak perlu gusar bila cintamu ditolak. Lebih-lebih lagi, jika ditolak kerana Allah, dirimu sepatutnya berbangga... Awal cinta itu bermula dengan KAGUM, alihkan kekaguman mu itu kepada rasa TAKZIM terhadap Allah yang Maha Hebat yang mencipta insan... Usah rasa lemah... cintamu tetap akan kuhargai... Dan aku masih menanti janji Tuhanku..



Tuesday, January 5, 2010

Hanya Maaf Mampu ku ucap...

Teman,
Bukan sengaja untukku menjauh darimu...
Bukan sengaja untukku berkeras hati...
Bukan niatku untuk memperkecilkanmu...
Bukan jua untuk bermegah-megah diri ini...

Aku tahu,pasti kau mengerti niat d hati...
Aku ingin mencari cinta Ilahi...
Yang seringkali aku biarkan ia berlalu pergi...

Teman,
aku sangat menghormatimu...
kerana itu, tidak sanggup untuk aku melalaikanmu...

Teman,
andai kau tercipta untukku,
aku ingin mempersembahkan yang terbaik buatmu kelak sebagai isteri...
bukan sbagai kekasih di saat ini...
semoga tidak terluka wahai hati...
Yakinlah Allah sentiasa di sisi...

Andai aku bukan untukmu,
Yakinlah bahawa Dia ingin menguji kesabaranmu...
Pasti ketentuanNya itu ada hikmahnya yang tersembunyi...

Dan syurga itu matlamat utama...
Perkahwinan adalah salah satu cara menujunya..
Semoga kita sentiasa di dalam redhaNya...

Sunday, January 3, 2010

Pasti ku rindu saat itu...

Alhamdulillah...
Allah mengizinkan kaki ini untuk berada dalam halaqah ilmu itu walaupun
seketika cuma...tempat itu banyak mengajarku erti kehidupan ini...
D sana ku menimba ilmu, mengharapkan redhaMu Ya Rabbi...
D sana ku temui sahabat sejati...Kasihnya hanya kerana Ilahi...
D sana ku pelajari tentang hati...Keikhlasan itu y ku cari...
D sana ku kenali para ilmuwan yang rendah hati...Y hanya mengharapkan redha Ilahi, walaupun tak bergaji...
D sana ku mengerti makna cinta hakiki...Y selayaknya untuk Ilahi...
D sana ku fahami erti duniawi...ramai insan di ulit mimpi...
D sana ku sedari, y batil d julang tinggi, y haq di caci2 di bumi ini, oleh manusia y pentingkan diri...
D sana cintaku bersemi, kerana ku mendamba kasihMu Ilahi...
Ampunkan hambaMu ini Ya Rabbi, dosaku menggunung tinggi...

Hati ini begitu gembira tika dapat mengenali sahabat2 di pondok Pasir Tumbuh walaupun seketika cuma...
D sana kami di latih untuk bangkit dari tidur seawal mungkin...persiapkan diri untuk solat subuh berjemaah...
sahabat2 akan memastikan sahabat2 lain tiada y tercicir untuk sama2 solat subuh berjemaah...
Selesai solat subuh, kami akan sama2 membaca mathurat dan zikir2...selesai mathurat dan zikir2, seorang pelajar akan di minta memberikan tazkirah mengikut jadual yang telah di tetapkan...
Kemudian, jam 7 pagi, kami bersiap untuk menadah kitab...pelajar muslimat dan muslimin di asingkan dan di pisahkan oleh tirai...dan xkan pernah bertembung kerana laluannya berbeza..sangat terpelihara...
Jam 8 pagi, kami semua bergotong-royong membersihkan kawasan,mengikut jadual tugasan...
masing2 tahu dan faham peranan masing2...dan saling membantu...then breakfast..
Jam 9.30-10.30, kelas kedua...
Kelas seterusnya pada jam 10.30-11.30...selalu sampai pukul 12tengahari sebab sesi soal jawab memakan masa yang agak lama...memandangkan cuti semester, maka ramai pelajar dari pelbagai universiti dan ipta datang untuk belajar di sana..dan ustaz/ustazah terpaksa melayan kerenah kami semua y dahagakan ilmu agama... kemudian, jam 12.00 tengahri, kami balik ke pondok untuk masak tengahari...masing2 menunjukkan bakat masing2 sebagai chef..sempat lagi kami buat kek coklat masa kat sana...pondok kami ketika tu di huni oleh 8-15 orang pelajar...
kami makan beramai2,makan guna talam...sungguh indah saat itu, kami makan bersuap2..walaupun baru mengenali each other, kami seperti sudah lama mengenali...
kemudian jam 1 tengahari, kami bersiap untuk solat zohor berjemaah...
kelas seterusnya jam 2.00-4.00 petang...
then, bersiap solat asar berjemaah...
lepas solat asar, ada kitab hingga jam 6.00 petang...
pukul 6, kami balik ke pondok untuk mempersiapkan diri...
solat maghrib berjemaah...
antara maghrib hingga isyak ada kitab jugak..,
kemudian, solat isyak berjemaah...
pukul 9.30 malam - 11.00 ada pengajaran kitab...
then, balik kelas, kami g belajar ngaji quran umah ustazah...betulkan tajwid...banyak y kena perbaiki..
sebelum tido, kami baca al-mulk beramai-ramai, dan doa tido...
jam 12 malam, lampu di padamkan...bersiap untuk tido...
kami tido beramai2 di madrasah...masing2 duk bercerita kisah hidup masing2 kat kawan sebelah,sampailah terlelap... saya plak excited jumpa sahabat baik,sekolah rendah n sekolah menengah sama2...skrg blajar kat Upm...lama xjumpa,tu y excited..kami berpakat sama2 datang pondok, d samping terlalu rindu untuk bertemu setelah sekian lama berjanji untuk bertemu...
Kami berkongsi cerita suka n duka, dia mengesat air mata saya bila saya berduka...
saya pujuk hati dia dengan janji2 Ilahi apabila hatinya derita...

kami sempat habiskan kitab feqah dan kitah haid, nifas dan istihadhah...kami juga blajar kitab mengenai makmum masbuk dan muafik...dan banyak lagi..ada juga kelas bahasa arab dan kelas jawi...

masa terluang y ada, saya n sahabat2 akan duk berbincang mengenai perkara2 yang telah di pelajari...
sungguh indah saat itu...pasti ku rindu detik itu...
 
terima kasih Ya Allah....

Derita buatmu ada hikmahnya...

Sahabatku...


hidup bukan hanya d sini...

D sana nanti kekal abadi...

Bersabarlah menempuhi ranjau berduri...

Demi kebahagiaan yang hakiki...


Sahabatku..

aku mengerti betapa deritanya hatimu...

segalanya datang dari Ilahi..

Untuk menguji ketabahan hatimu...

Dan aku pasti, kau mampu mengharungi...

Pohonlah padanya...

Agar d permudahkan segalanya...

D hatimu harus tersemat,

Bahawa Dia perencana terhebat...