Monday, February 8, 2010

*Buatmu ibu..


Selamat hari lahir…
Selamat hari lair ke-53 untuk ibuku yang tercinta.. =)
Ain doakan ma sentiasa berada dalam lindungan Allah swt.. Juga semoga ma sentiasa tabah dan sabar dalam melayani kerenah anak2 ma yang 10 orang ni..=)  ain nak mintak ampun segala salah dan silap ain..ain banyak lukakan hati ma.. ain rasa dala ramai2 anak ma, ain anak ma y paling degil,he.. 


Ma tahu x, ain berbangga memiliki wajah seiras ma..g mana2 org mesti cakap muka ain sebijik muka ma masa ma muda..he.. kalaulah ma cun masa muda, kiranya ain ni kategori cun gak la ma kan? Hiks..=)


Pengorbananmu x terhingga.. ingat x ma citer, masa darjah 1, ain mesti nangis setiap kali ma kejut untuk g sekolah..lepas mandi je terus dah x nangis,he.. masa tu ma sabar je layan kerenah ain.. masa ain dapat 5A UPSR, ma tersenyum gembira melihat kejayaan anak ma..ma selalu pesan, belajar rajin2, bukan untuk ma, untuk masa depan kamu semua.. ma sentiasa ada d sisi ain saat ain gembira..juga saat ain berduka.. ain ingat lagi ma pujuk ain masa ain nangis sebab dapat 6A 1B 1C PMR,he.. ma kata jangan putus asa, ma tahu ain boleh buat..


Ain ingat lagi, masa ain sakit, waktu tu form3.. ain xtahu ain sakit apa, tapi ain sampai terpaksa merangkak untuk g ambik wuduk untuk solat..kepala ain sakit sangat..masa tu ma selalu urut kepala ain..ain tahu ma nangis xsanggup tgk anak ma menderita..maaf sangat susahkan ma.. lama jugak ain x g sekolah..ma n abah  bawak ain berubat kat macam2 tempat..berkat ketabahan dan doa seorang ibu, ain sembuh seperti sediakala.. alhamdulillah..


Ma, masa zulfadhli(acek) accident motor aritu, ain tahu sangat berat ma nak hadapi sume tu..ma ain dapat berita tu, ain risaukan acek, n ain risau sangat kat ma..ma dah lalui macam2 ujian, n ain nak teman ma..sebab tu ain asalnya nak ambik tiket malam terus..pastu xjadi balik ngan bas, kak uda ambik ain, kak uda dari kuala berang..bila ain sampai hospital,ain Nampak mata ma bengkak..ma nangis kan..


Pastu ain ponteng kelas, he..ain gilir2 jaga acek..kak uda y hantar n ambik ain n ma..y lain xdapat cuti sebab baru je lepas cuti masa tu..ain ingat lagi, masa acek meraung sakit, ma nangis sebab xsanggup tgk anak ma sakit..ain nangis jugak, sebab ain xleh tgk air mata ma tumpah..tapi ma cuba kawal depan anak2 ma..sebab ma xnak org lain turut bersedih..


Masa ain masuk matrik, first time ain duk jauh ngan ma..ma ma hanta rain g matrik Melaka, ain tgk ma nangis masa tu..ma risau ain xdapat jaga diri..al maklum ain lama gak jadi bongsu pompuan sebelum adik ana lahir..tu y manja ngan ma..he..masa ain darjah 6,ain duk atas riba ma lagi..sambil ma sikat rambut ain, ngada2 kan,he..


Ain suka sangat makan masakan ma..kalau ain atau anak2 balik, mesti ma Tanya nak makan apa.. selalunya ain y ngada nak tu, nak ni.. ma senyum je layan ain..=) ma mesti masak..ain tolong gak ma,he..anak2 pompuan ma selalu mesej or call ma  Tanya resepi tu resepi ni..he..ma layan ngan sabar je..termasuk la ain..walaupun ma dah bgth resepi banyak kali dah, mesti tanya ma lagi..ma senyum je jawab soalan kami..=)


Ain ingat lagi masa ain kol ma, ma kata pain suruh ma masak tomyam..pain pun first time jauh dari ma..tu y home sick pelik je budak tu,he..nasib baik aji duk upsi gak..boleh la gak dua beradik tu jumpa kalau merindu,huhu..


Lepas satu2 kerenah anak2 y 10 orang tu..ain kagum ngan ketabahan ma..ain nak jadi macam ma..seorang ibu y sangat tabah dalam membesarkan anak2..ain  doakan yang terbaik untuk ma..ain mohon restu ma..doakan ain d permudahkan urusan dalam setiap y ain lakukan…
Selamat ari lahir ibuku…Ain sayang ma….


*Buat sahabatku…

Buat sahabatku…


7 februari..

Airah, dah 22 umur airah,,kawen cepat airah..=) ain doakan semoga kehidupan airah d berkati..

Airah, thanz sudi jadi sahabat ain..dari sekolah rendah lagi..ain sayang airah.. airah, jums jadi wanita solehah..airah seorang yang tabah…airah, thanz sudi kongsi suka dan duka bersama ain.. ain ingat lagi, airah selalu kesat mata ain n pujuk ain kalau ain nangis..airah kata ain kena kuat..ni tanda kasih n cinta Ilahi buat kita..airah, ain doakan derita hidup airah d nilai pahala d sisi Allah swt..airah, kita jumpa kat pindok ye nanti..=)



6 Februari..

Angah, epy besday ke-22… semoga hari2 berlalu mematangkan kita..angah dah 22,..ain baru 21,so kena makan nasi minyak angah dulu..=)kak angahku..dah 6 sem rupanya kita berjuang bersama2.. dalam bidang terjun kita ni,he..al maklum, drpd biology student jadi computer science students..tu namanya lompat kelas,he.. angah, thanz angah banyak membantu ain dalam perjuangan kita..hanya Allah swt dapat membalas budi baik angah.. ain nak minta maaf kalau ada kesilapan2 y ain lakukan..cayang angah..jums, teruskan perjuangan..

*angah kena makan banyak2 tau..biar gemuk macam ain,he..=)


Thursday, February 4, 2010

*sifat anak yang soleh...

Sifat anak yang soleh…
Mentaati ibu ayah…
Tingkah lakunya d jaga..
Akhlak d pelihara…
Segala amalan d jaga hanya kerana yang Esa…
Hormat pada y tua..
Kasih pada y muda…
Sayang pada ibi ayah dan juga keluarga…
Hidupnya rajin berusaha…tidak pernah berputus asa…
D dalam kehidupan penuh pancaroba…
Tiada cinta d hatinya hanyalah cinta Allah…
Ada rasa rindu hanyalah untuk Rasulullah…
Kasih dan sayang hanya pada ibu ayah..
Hormat menghormati sesame insane berbudi..
Guru dan teman2, sentiasa dkasihi…
Itulah sifat anak2 y soleh…

 
jums jindan, kita jd anak y soleh...
acik ain doakan jindan jd anak soleh umi n baba...

*jums sahabtku...

ramai y masih keliru tentang permasalah haid, nifas,istihadhah..(haid terutamanya..)dan kadang2 ada masalah y kita sering hadapi tapi xtahu penyelesaiannya apabila menghadapi masalah tentang haid..(bagi muslimat..)

dan untuk muslimin, perkara ini penting untuk sama2 kita ambik berat kerana kalian merupakan ketua keluarga..tanggungjawab untuk mengajarkan kepada adik-beradik perempuan sama ada adikmu, kakakmu, isteri, juga anak2 perempuan..

kadang2 hal permasalahan haid nifas dan istihadhah d pandang remeh...
tapi kita seharusnya sedar dan mengambil berat akan hal ini kerana ia melibatkan ibadat kita yang wajib iaitu solat..

bagaimana istihadhah itu boleh berlaku.. cara2 untuk uruskan diri bagi mengerjakan solat ketika istihadhah..perkara sunat, harus , haram ketika haid, istihadhah atau nifas..cara pengiraan haid.. dan macam2 lagi..sumenya amat penting terutmanya bagi muslimat bagi memastikan ibadat solat dan ibadat lain seperti ibadat haji dan lain2 terpelihara..

jums sahabat2ku..
kita mempertingkatkan ilmu2 berkaitan perkara ini..
n d UDM nanti, lepas naik cuti raya cina n cuti pertengahan semester ni,
insyaAllah akan d adakan perbincangan mengenai topik haid, nifas dan istihadhah...
perbincangan akan di adakan di surau2 secara bergilir2...insyaAllah akan bermuala d surau Farabi setiap hari Sabtu, selepas solat Asar..sebarang maklumat akan d maklumkan melalui pengunguman d surau..

Kita akan merujuk kepada kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Muhammad Arsyad b Abdullah Al-Banjari...dan untuk memudahkan pembelajaran, kita juga akan merujuk kepada kitab y telah d terjemahkan ke bahasa ruji dan gambarajah y mana d susun oleh salah seorang ustazah d pondok Pasir Tumbuh Kelantan..

D sini, ingin sekali saya kongsikan mengenai solat yang wajib seseorang muslimat itu qada' setelah suci daripada haid..

1) Permulaan Haid

Catatan Waktu Permulaan Datang Haid Solat y wajib d qada’
Sekiranya belum menunaikan sembahyang ketika datangnya haid..
·         Subuh
·         Zohor
·         Asar
·         Maghrib
·         Isyak
·         Subuh
·         Zohor
·         Asar
·         Maghrib
·         Isyak

 2) D akhir haid

Catatan Waktu Putus haid(maksudnya waktu haid tu kering..)
Wajib sembahyang tunai..

Wajib sembahyang qada’

Sekiranya dia(muslimat)
hanya memeriksa
pada awal tiap-tiap 
waktu sembahyang..
  -Subuh

·       - Zohor

·        -Asar

·        -Maghrib

·       - Isyak
·     Isyak,Maghrib

·         -

Zohor

Zohor, asar

Maghrib











penjelasan....

Jika ia memeriksa waktu putus haidnya di dalam waktu subuh,, dan d dapati telah kering, maka wajib baginya...
  •  mandi wajib dan sembahyang subuh
  • Qada solat isyak kerana ia mungkin putus (kering darah) dalam waktu isyak..
  • dan Qada; sembahyang maghrib sekali kerana jika haidnya kering pada waktu Isyak, maka wajib sembahyang Isyak dan Qada' sembahyang maghrib dan dari kerana sembahyang Isyak dan maghrib boleh d himpun..

panjang lagi penjelasan..insyaallah kita akan berkongsi d lain entry..wallahu'alam..

Tuesday, February 2, 2010

*Bingkisan buatmu..


Bingkisan buatmu..


Mok Lah, pagi ni, 3 feb, lepas subuh, kak uda,abg wa n jidan n baby dalam perut kak uda dtg ambik ain kat UDm..ain mintak kak uda dtg ambik ain..kebetulan xde kelas pagi ni..ain nak jumpa Mok lah wat kali terakhir d dunia ni..sebab ain sangat hormati Mok Lah..bila ain sampai kat umah Mok Lah ramai orang kat umah Mok lah..ramai kenalan Mok Lah dtg..jiran tetangga..saudara-mara..ada y dari Brunei, Kelantan dan lain2.. sume org baik2.. n ramai pelajar KUDQI(Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah) pun datang.. Tok Ma kata Mok Lah keje kat bahagian kewangan kat KUDQI,Manir..diorang xputus2 mendoakan Mok Lah n sedekahkan surah Yasin buat Mok Lah..n ramai sangat y solat jenazah untuk Mok Lah..kenalan2 arwah suami Mok lah pun datang..Mok Lah, Mok Lah dah didik anak2 Mok Lah sebaiknya.. kelapan-lapan anak2 Mok Lah kelihatan begitu tenang dan redha menerima pemergian Mok Lah.. Mok Lah, kami iringi Mok Lah sampai ke kubur..anak2 Mok Lah yang lelaki (Abdullah, Bilal,Yusof,Ilias) uruskan pengebumian Mok lah..d bantu ramai sangat y lain..n Mat(Muhammad), anak Mok Lah yang bongsu turut tolong apa yang patut..Mok Lah anak Mok Lah form 4(Zainab), muka dia ada iras Mok lah.. Zainab, Habsah, Fatimah tabah sekali.. Mok Lah xsempat tgk kak Habsah melansungkan perkahwinan y d jangka 14 februari nanti.. tapi ain yakin anak2 Mok Lah akan sentiasa doakan Mok Lah.. Mok Lah, lepas orang siap mandikan Mok Lah, berpusu2 kenalan Mok Lah nak jumpa Mok lah.. sampai ain terpaksa beratur panjang untuk kucup dahi Mok Lah wat kali terakhir..Mok lah, ain kucup dahi Mok Lah..sungguh dingin dahi Mok Lah, tenang sekali perasaan ain ketika itu..Mok Lah, waktu orang ramai angkat Mok lah untuk bawak Mok Lah ke surau, untuk solat jenaz, hujan turun renyai-renyai,iringi jenazah Mok Lah..sungguh damai..Mok Lah, semoga Mok Lah bersemadi dengan tenang, mengadap Allah swt dengan penuh kehambaan.. Al-Fatihah..
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: 
(1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, 
(2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, 
(3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, 
(4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, 
(5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan
 (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. 
(Hadis riwayat Muslim).

*Al-fatihah buat arwah Mok lah..

Al-fatihah buat arwah Mok lah..

Mok Lah, ain sayang Mok lah.. ain yakin ramai y sayang Mok lah.. Ain doakan Mok Lah d tempatkan bersama org2 yang soleh, amin.. Mok Lah, walaupun seketika je dapat kenal Mok Lah, ain sangat kagum dengan ketabahan Mok Lah mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal.. walaupun Mok Lah Cuma mak sedara abg wa(abg iparku), Mok lah layan ain macam family Mok Lah..Mok Lah, ain suka makan nasi lemak Mok Lah..Walapun anak Mok Lah yang masak, ain yakin dia tentunya telah d didik sebaik mungkin oleh Mok Lah..Masa Tok Ma (mak abg wa) ain sama ada nak tolong jual ke tak nasi lemak kat udm, ain pandang ke dalam mata Mok Lah, terus ain setuju untuk tolong Mok Lah.. ain rasa gembira sangat waktu tu sebab dapat tolong Mok Lah..petang2 ain jual nasi lemak Mok Lah dari bilik ke bilik.. dengan kak Ain (kak aini), rumet ain masa sem 3 n 4.. ramai y suka nasi lemak Mok Lah.. Mok Lah baik sangat, kalau nasi lemak xhabis jual, ain segan sebenarnya nak bgth Mok Lah.. tapi ain Tanya jugak pendapat Mok Lah.. n Mok lah selalu cakap “ain makan la nasi tu..Mok Lah sedekahkan..bg kat kawan2 pun xpe..”.. Mok Lah pandai..kak uda kata Mok Lah ada ijazah akauntan kat overseas..n Mok Lah xbekerja waktu suami Mok lah masih ada pun sebab ketaatan seorang isteri solehah kpd suami.. ain sangat kagum ngan Mok Lah.. masa ain n kak ain jadi cikgu tuisyen kat pusat tuisyen Tok bah (ayah abg wa), ain tengok Mok Lah mengajar dengan seikhlas hati.. Mok lah xjemu melayan kerenah pelajar2 year 1,2 and 3..

Mok Lah, ari isnin, kak uda mesej ain..kak uda kata Mok Lah dah nazak..ain terkejut sangat.. sebab masa ain n kawan2 g melawat Mok Lah sebelum ni, Mok Lah bgth ain Mok Lah semakin sihat..masa tu ain lega sangat tengok Mok Lah senyum..Tapi ain tahu, Mok Lah senyum sebab xnak kami risaukan Mok Lah.. Mok Lah senyum je masa Mat (anak Mok Lah y bongsu) suruh ain cari ulat bulu kat baju y dia nak pakai sebab dia baru lepas mandi.. sebab sebenarnya xde pun ulat bulu, mat nak bermanja ngan ain, mat sebenarnya nak suruh ain betulkan baju tu y terbalik..kelakar sangat mat..Mok Lah senyum je, tapi ain tahu Mok Lah menanggung kesakitan.. Kanser payudara Mok Lah dah tahap kritikal.. Mok lah, maaf sebab sampai umah Mok lah nak dekat maghrib tadi.. sebab kete untuk d sewa xde tadi.. waktu ain bacakan surah yasin untuk Mok lah, muka Mok Lah tenang je..xputus2 org datang ziarah Mok Lah.. dalam pukul 8.30 malam ain bertolak balik ke udm..bersama husna,shida,asma n izah.. sepanjang perjalanan ain asyik fikirkan Mok lah..ain doakan Mok lah..Mok Lah, dalam jam 10.00 malam 2 februari, kak uda hantar mesej..Mok Lah dah kembali ke rahmatullah kira2 jam 8.30 malam.. al-fatihah..waktu tu ain tengah drive nak g hantar kete y d sewa.. ain rasa tangan menggigil..ain takut ain xleh continue drive.. asma n adik2 tenangkan ain..ain doakan Mok Lah sentiasa dalam lindungan Allah swt..

Mok Lah, kak uda terus bertolak dari kemaman dgn abg wa n jindan n banb dalam perut bila dapat berita Mok Lah dah pergi mengadap Ilahi..kak uda kata Mok Lah senyum je..walaupun Mok Lah dah xde d dunia y fana ini, Mok lah tetap akan ingati..seorang wanita y tabah dalam hidupnya..Mok lah didik anak2 Mok Lah sebaik mungkin..kak uda kata anak Mok Lah ada y hafaz Al-Quran,Alhamdulillah..Mok Lah, ain doakan semoga kita dapat bersua d syurga kelak,amin..

Dan kamatian akan datang apabila saatnya telah tiba..tanpa terlewat sedikitpun..atau terawal sedikit..

Janji Allah itu pasti..”Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati..” Semoga kita pergi mengadap Ilahi dengan jiwa penuh penghambaan…amin..

Monday, February 1, 2010

*adeh, segan seh..

hari ini dalam sejarah..(lor, sejarah apa plak ni..)..he.. tadi kelas kul 9.00 pagi kat GC20..subjek client server, En.Faisal Amri ajar.. lecturer y sangat mantop bidang network security n swaktu dengannya.. kak auniz n evi panggil lecturer untuk rakyat..huhu.. g kelas tadi jalan sorang2.. n sampai kelas td, buka je pintu, terus diorang nyanyi lagu epy besday untuk saya..adeh, malu..=) terus saya tutup semula pintu kelas, xjadi masuk dalam kelas.. diorang habis nyanyi baru saya masuk, tersipu2, cewah.. nasib baik dak2 laki xde lagi.. kalau x habis la si mawardy menyakat saya.. alah, sume kenal mawardy tu, suka menyakat sape2 pun.. yus pun selalu kena sakat kat dia.. jgn risau ye zaty, mawar tu setia kat zaty je..=)
thanz 4 my classmates..(kak qb, kak una, kak naim, kak ilah,evi, kak auniz, syu, yus, izah, alang, ijah, majdah, kak huda, kak dayah, kak liza, kak ana, kak zimah tulip, kak lily, kak fiza, angah ) dah 6 sem kita semua bersama.. pantas masa berlalu..en faisal tanya dah umur berapa skrg ain..baru 21 encik,he..
pagi ni dapat sms lagi.. thanz a lot for kakakku, kak huda y wish semoga panjang umr, murah rezeki dan d berkati..amin..semoga kak huda juga d berkati..xsabar nak tgk baby..=)
tidak lupa buat sahabat seperjuanganku kak mariyam..syukran jazilan..
juga buat rumetku waktu kat matrikulasi melaka, suraya..y kini belajar d upsi..nanti ain kol sue ye..=) kan dapat free,he..
n buat adikku zulfadlie y wish epy besday wat kakak dia y selalu duk gaduh ngan dia,=) thanz a lot..doaku semoga dikau jadi anak soleh kpd ma n abah.. also for adikku suhaimi y tgh tunggu result spm, syukran.. smg peroleh result cemerlang..
untuk abang mizi y dah 6 tahun xbersua..thanz a lot.. xsabar nak g kenduri walimatul urus abg mizi..(abg hazrel? )
epy besday untuk sahabatku sarah, 2 feb gak..kembar la plak,he..n untuk kawan ika, juniorku.. arini gak..