Friday, April 30, 2010

tag dari izah...



Alamak...macam glamour plak..tiba2 dapat tag dari izah..izah suruh tgk kat blog dia, ambik tag..kat bawah ni arahan dia...

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder
2. Select the 8th photo in that folder
3. Post the photo along with the story behind it
4. Then challenge the 8 blogging friends to do the same
then, terus buka photo folder.....n choose the 8th picture...menarik jugak hasilnya..=)

gambar izah bersama angah...(kanan tu izah..izah y bagi tag,=)) sape suh bagi tag,he..ni gambar masa perjumpaan ngan junior pada 21 August 2008...masa tu kami dapat junior pertama..selama ni kami la junior...xsabar2 nak dapat junior, (bukan nak buli ye..kami adalah senior y baik2,he..)

Then, siapa itu izah? n angah?
Diorang my classmate...izah ni xsah kalau xnampak muka dia atas pentas waktu anugerah dekan...pentas tu pun dah bosan tgk muka dia, asyik naik pentas je..=) sem ni duk sebelah bilik ngan izah plak..memang best jadi jiran dia...selalu je izah hulur makanan(shida la y melompat2 bila izah bg makanan,he..) segan ah ngan izah.. izah ni xkedekut ilmu..sy selalu gak tanya dia kalau xfaham...(sbnrnya bukan xfaham,tp study last minute,he..) n siapa garfield bagi izah?? opps..soalan cepuk perak...tanya la izah..=)
Angah?
sebelum ni ada entry pasal angan masa besday angah pada 6 february y lalu...
apa2 pun, kwn ngan angah ni unik sket, sebab angan seorang y unik..=) dia rajin belajar... n seorang y jujur..

my classmate memang best2..

kat bawah ni gambar my classmate...


 

 kat bawah ni plak gambar my classmate y kononnya abg2 senior y sporting n macho..(sebenarnya control macho depan junior je tu..)


Thursday, April 29, 2010

...andai itu takdirnya......

"...andai itu takdirnya.."

Seusai solat maghrib, kak awin duduk di birai katilku. Dia membacakan terjemahan surah Al-Ahzab ayat 36, sengaja dia kuatkan suaranya agar dapat ku mendengarnya..

"dan tidaklah patut bagi seorang lelaki mukmin dan seorang perempuan mukmin apabila Allah menetapkan satu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata.."


"ira faham tak ayat ni?" tanya kak awin memecah lamunanku yang sedari tadi memikirkan makna tersirat ayat tersebut.

"em.. maksud ayat tu, bagi seorang mukmin kita kena akur dan redha dengan syariat yang Allah tetapkan. Macam pensyariatan menutup aurat. Kita tiada pilihan untuk tidak mematuhinya."jawabku yakin.

" tapi akak nak kaitkan dengan istikharah, kalau Allah tunjukkan ketetapannya, tidak dapat tidak kita kena akur.. itu yang sebaiknya" respon kak awin.

Aku setuju dengan jawapannya, Dia yang sedang menghitung hari untuk bergelar seorang isteri, pernah bercerita denganku bahawa bakal suaminya ini adalah petunjuk dari istikharahnya, sedangkan dahulu dia pernah mencintai insan lain.

"tapikan kak.. bolehke istikharah kita berubah.. dulu kita pernah dapat petunjuk yang sama selepas istikharah berulang kali.. tapi sekarang tidak lagi.. boleh ke kak?" tanyaku ingin tahu.

"erm.. biasanya jarang berlaku macam tu.. mungkin terlalu dipengaruhi dengan perasaan," jawab kak awin.

"tak semsetinya kak.. kadang-kadang tak dipengaruhi dengan perasaan pun...." sambungku.

"mungkin disebabkan DARJAT disisi Allah berubah...." jawab kak awin perlahan.

ya, darjat disisi Allah, mungkin sahaja ada masa kita pernah terlalu rapat dengan Allah, dan ada masa kita renggang, hingga sahaja pemilik cinta kita tidak lagi layak untuk kita atas dasar dia berhak mendapat yang jauh lebih baik.


---------------------------------------


"Ummi... doakan ira... " mesej ku hantar pada Ummi

sebak.

"insyaAllah ira, attoyibin lit toyyibat... doala selalu dikurniakan lelaki yang soleh.. "kata ummi

"tapi ira tak baik..." jawabku. Sebak.

" kita kenala jadi baik.. insyaALLAH.. ada yang terbaik"nasihat Ummi. Sayang Ummi...

Cecair jernih mengalir di pipi ku, aku tak dapat lagi menahannya. Fikiranku melayang walaupun mataku masih setia menatap buku teks TITAS.

"ira.. kenapa ni?.. tanya sahabatku yang turut sama belajar di perpustakaan.

"tak de ape, sedih betul tamadun India ni.. " jawabku berseloroh.


Mungkin inilah ketentuannya, lelaki istikharahku dulu, bukan semestinya menjadi milikku. Aku redha. Ada yang terbaik untuk diriku dan dirinya. Akanku bawa hati ini menemui pemilik Cinta Sejati. Ya Allah, sumber cinta dan kebahagiaanku, berada la disisiku selalu, agar dapat ku rasa terisi dengan hanya CINTA MU.

Source : http://syaheedahsumaiyah.blogspot.com

Friday, April 23, 2010

*Isu penggunaan Nama Allah

Isu Kalimah Allah


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah
1) Ulasan/Hujah
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
  12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
2) Keputusan
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sunday, April 18, 2010

*CintaMu ku Damba..

Ya Rabbi..
Di saat ini, amalanku sedikit sekali...
Dosaku menggunung tinggi...
Hanya pengharapan padaMu Ilahi...
Keampunan dariMu ku damba...

Maluku untuk mengadapMu Ya Rabbi...
Nikmat dariMu tak terhitung di sisi...
Sedang aku leka begini...

Mampukah untukku mengharungi...
Titian siratMu nanti...
Membawa dosa menggunung ini...

Tiada yang lebih berharga...
Selain nikmat syurgaMu...
Dan nikmat terhebat adalah...
Nikmat bertemuMu Ya Ilahi...

 Ya Rabbi...
Tempatkan kami di syurga abadi...

Thursday, April 15, 2010

*kiranya bukan aku Sumayyahmu...

"Suamiku", bunga semalam telah layu
Gugur daripada jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya

Mulutku kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyuman dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya.. bukan aku
Sumayyahmu

Dalam tangis kucuba senyum ketika
kau bermusafir
Sepertinya Siti hajar
yang ditinggalkan Nabi Ibrahim


'Walau ku bukan lagi Sumayyahmu
Semoga bertemu d syurga nanti.. '

*iman bukanlah penjara d jiwa..

Sejarah Asiah telah membuktikan iman bukanlah penjara di jiwa...
Yang selamanya bersembunyi..
Tapi KEMERDEKAAN YANG HAKIKI...


memang perit untuk menahan diri dari tidak melakukan perkara2 y kita suka kan.. lebih tepat lagi, terlalu sukar untuk menahan nafsu dari meninggalkan perkara y kita suka... kadangkala apa yang kita suka, xsemestinya apa yang kita perlukan.. betul x..? untuk meninggalkan perkara yang kita cintai memerlukan satu pengorbanan y besar..kadangkala.., apa y kita cintai tidak diselarikan dengan kehendak agama..dan pengorbanan diri untuk mencari redha Ilahi pastinya d nilai d sisi Allah SWT.. jangan gusar andai tidak peroleh perkara y engkau cintai.. kerana belum tentu ia terbaik buatmu.. semuanya bergantung kepada IMAN.. IMAN dalam diri bisa membawa kita belayar ke utara..atau ke selatan dunia ini.. IMAN perlu d pelihara sebaiknya..KeIMANan dan keyakinan y utuh pada Rabb pastinya melahirkan hati yang terdidik..terdidik hati maka terdidik nafsu..hati yang tidak tunduk pada nafsu, adalah hati yang penuh pengharapan pada Ilahi...Bila IMANmu di uji, mengharaplah padaNya..dengan usaha dan pengharapan padaNya, pasti imanmu terpelihara..
Sukarkan memelihara iman..? kadangkala meeningkat, adakala merosot.. bila kau dapati IMANmu berkurang, renunglah ke dasar hatimu..ada sesuatu harus kau baiki..pulanglah ke pangkuan Tuhanmu.. Allah yang menetapkan setiap sesuatu...kita yang harus pandai memilih..untuk memilih redha Allah..ataupun murka Allah...inginkah IMAN membenarkan sesuatu berlaku dengan MURKA Allah??  pasti jawapannya Tidak bukan..?persiapkan IMANmu dalam mencari REDHA Allah SWT..  untuk mencari SUKA Allah SWT..
Pelihara IMAN kita..IMAN semua..

*berdoalah kepada Allah dgn setulus hati, nescaya akan d perkenankan..

*aku ingin sepertimu..

aku ingin sepertimu..tangismu penuh pengharapan pada Ilahi..

aku ingin sepertimu..senyummu pengubat duka walau hati terluka..

aku ingin sepertimu..tiada dendam walau perit menahan..

aku ingin sepertimu..nasihatmu ku jadikan panduan..

aku ingin sepertimu..walau di hina kau yakini Tuhan..

ya..aku ingin sepertimu..mencari keredhaan Tuhan Pencipta Alam..

aku terlalu memuji barangkali..?

semoga semuanya keranaMU Tuhan..

*jums beli..




Senarai VCD
1. Pengajian Kitab Qasidah Burdah
( Syeikh Fahmi Zam Zam ) - 3 Keping

2. Pengajian Kitab Khumrotulhan Warinatulhan
( Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani ) - 2 keping

3. Kesempurnaan Rasulullah - Hakikat Muhammdiah
( Sayyidi Syeikh Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi At-Tijani - 2 keping

4. Zawiah : Institusi Pendidikan Pertama Alam Melayu
( Dr. Mohd Syukri Yeoh Abdullah ) - 1 keping

5. Kesempurnaan Rasulullah
( K.H. Ali Badri Azmat Khan ) - 1 keping

6. Majlis Penutup - 2 keping


Untuk tempahan ..

UNTUK MEMBELI VCD

1) Masukkan wang ke dalam akaun Bank Islam DI BAWAH.


akaun no : 13017020630963
Nama : Mazlan bin Ismail

2) Setelah membuat bayaran,
SMSkan
RM / NAMA / ALAMAT PENUH / M1431
Contoh :
RM 35.00/Norhisyam Bin Yusoff Lot 868 Jalan Masjid Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan/ M1431
ke 014 801 8595 atau e-mel : madrasahidayah@gmail.com


Wednesday, April 14, 2010

*kerana cintaNya..

Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa semenjak melihat pemuda itu. Si Pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya cinta aku pada Allah melebihi cinta aku kepada kedua ibu bapaku! bahkan aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, ‘Selamanya aku belum pernah menemui seorang lelaki yang teramat mencintai Allah, yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan lelaki adalah munafik (hipokrit).”

Setelah berkata demikian, gadis itu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu hari, Pemuda itu bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih...
Cinta yang terindah adalah mencintaimu,
Sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
Burung syurga menjauh
Dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan menuntunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
Dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
Berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
Yang tidak mungkin binasa
Yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari, “jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih saying-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga. Amiin...