Tuesday, December 28, 2010

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR...


dipetik dari http://genta-rasa.com/2010/11/27/jangan-sombong-dengan-takdir/#comment-5682
 
Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan..  Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.
Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?
Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!
Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.
Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan,  ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.
Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari…
Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan   dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?
Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja  dapat menjangkau hikmah yang terkandung  di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.
Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.
Mengapa terjadi  demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah  dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.
Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!
Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.
Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.
Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216
Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa  nikmat di sisi Allah  itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.
Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.
Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.
Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).
Hati mereka berkata:
”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

Tuesday, December 7, 2010

Ku Serah Segala Ketentuan...

Ku Serah segala ketentuan ...

biarlah masa yang berbicara ...

di pangku wajah yang layu dan aku telah jemu ...

aku tidak mahu berpaling pada yang mengganggu dan menggugat ...

sapanya meletihkan diri, hadirnya mengundang penat ...

akan ku serah cinta ini bukan lagi pada manusia...

 kerana cinta martabat itu bersalut segunung kepalsuan ...

dan kepuraan ...

aku semakkin tidak peduli apa yang mungkin akan terjadi ...

kerana gerak dan tindakanku mahu bebas dari masalah ...

ku serahkan cinta ini hanya padaMu oh tuhan ...

akan kuserah cinta ini bukan lagi pada manusia kerana cinta martabat itu bersalut segunung kepalsuan ...


dan kepuraan ...

aku adalah aku sekarang ...

 biar terbuang tetap berjuang ...

akan ke serahkan jiwa ini sepenuh hati dengan keikhlasan ...

aku adalah aku yang sekarang ...

Ku serahkan cinta ini ...

Thursday, October 28, 2010

La Tahzan..

pujuklah hatimu dengan janji-janji Tuhanmu..

janganlah asyik bersedih kerana kesedihan itu akan memakan usiamu..

rugi kan kalau seumur usia kita habiskan untuk sebuah penyesalan dan kesedihan, sedangkan usia itu dapat kita isi dengan perkara-perkara yang menghampirkan kita pada Sang Pencipta...

Apabila sang matahari menyapa, janganlah menunggu waktu petang,juga bila senja menjelma janganlah pula kita menanti matahari muncul kembali..kerana hari ini adalah kepastian dan kesempatan untuk kita melakukan perkara yang belum kita selesaikan..Janganlah kita 'terlalu' memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan kebaikan2 dan kekurangan2 yang menghiasinya..(bukankah setiap y terjadi itu ada hikmah y tersembunyi..)nak fikir sikit tu xmengapa untuk pengajaran dan cabaran..

Ukirlah satu tulisan dan ingatan di hati kita bahawa hari ini adalah hari untuk lakukan perkara dengan 'terbaik'..(terbaik xsemestinya sempurna..maknanya kita telah berusaha bersunggguh2..)

Bila hari ini kita dapat memakan nasi yang harum dan enak, adakah kita masih ingin memikirkan tentang nasi basi yang dah kita makan semalam..?yang akan membahayakan kesihatan diri kita sendiri..ataupun kita ingin berfikir tentang nasi yang akan kita makan esok hari sedangkan nasi itu masih dalam 'angan-angan'..(pastikah esok kita akan dapat makan nasi seperti hari ni?mungkin esok kita makan bihun siapa tahu kan..?)

Bila hari ni kita berkesempatan meminum air sejuk yang menyegarkan, mengapa harus kita memikirkan air masin yang telah kita minum semalam..ataupun menginginkan air esok yang masih mentah dan panas..

Bisikkan di hati kita bahawa kita akan mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk membaca dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran, secara mendalam serta merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati..keseimbangan dalam semua perkara..keindahan dalam akhlak..kerelaan dengan semua yang Allah swt berikan...perihatin kepada masyarakat dan alam sekitar,kesihatan, memberi manfaat kepada orang lain dan lain2...
 
           Terjemahan Surah (Al-A'raf:144)

"Terimalah semua yang Allah swt berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-   orang yang bersyukur."

           Terjemahan Surah (An-Nahl :1)

       "Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah swt pasti akan datang, maka janganlah kamu minta untuk disegerakan....."


Dan hati kamu sedih memikirkn urusan jodohmu...???(mungkin jua diriku...)

...cinta kepada Allah swt dengan ketaatan..
   cinta kepada rasul dengan keperibadian tinggi..
   cinta kepada jihad dengan perjuangan..
   cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah swt...
   mencontohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih 
   sebuah pengorbanan...

   saling mencintailah hanya kerana Allah swt..
   saling menyayangilah hanya kerana Allah swt..
   saling membahagiakanlah hanya kerana Allh swt..
   Kerana Allah swt lah yang menimbulkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut..

   cinta umpama seperti rama-rama..(sekadar perumpaan..jgn marah ye kalau xsetuju..)  
   semakin kita mengejarnya..semakin jauh ia terbang meninggalkan kita..
   biarkan rama-rama itu terbang ke mana saja ia suka, siapa tahu bila ia telah lelah dan tersedar    
   akan kewujudan kita, ia akan mengibaskan sayapnya ke arah kita dan menumpang teduh dri panas, hujan
   dan badai duniawi..


   dalam keadaan yng kita tak sangka juga, mungkin saja rama-rama yng kita kejar itu bukan rama-rama
   yang Allah swt peruntukkan untuk diri kita..

 
...moga Cinta kepada Allah memenuhi ruang hatiku...Tidak berbelah bagi...hanya untukNya...

La Tahzan..=) 













Monday, October 4, 2010

Wanita lamar lelaki amalan terpuji-(hatiku terpujuk..)

Wanita lamar lelaki amalan terpuji
Oleh Mohd Fadly Samsudin
Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran. Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup. Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya. Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya? Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.
“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.
“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.
“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.
“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.
Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.
“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.
Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.
“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.



“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.
Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.







Monday, September 27, 2010

Selawat padamu, kekasih Allah..

Malu rasnya mengatakan kepada dia kekasih Allah...
Kerana Dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa...
Ku pujuk jua hati dan jiwa meluahkan rasa, cinta membara...
Di dalam pujian, ucapan selawat, tanda penghargaan seorang ummah...

Selagi upaya ku turuti ajarannya...
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya, moga di dunia beroleh berkat di akhirat sana beroleh syafaat...

Kerana peribadinya, aku terpesona...
Kerana budinya aku jatuh cinta, rinduku padanya tiada terkata...
Moga daku dapat bersamamu di taman syurga..

Sesungguhnya apa yang ku dambakan adalah cinta Allah yang Esa...
Kerana cinta kepada Rasulullah, bererti cinta kepada Allah...

Monday, August 30, 2010

Lailatul Qadar..

MUQADDIMAH



Kedatangan Ramadhan dengan kelebihannya terutama dianugerahkan satu malam daripada malam-malamnya yang dipanggil lailatul qadar hendaklah direbuti oleh kita semua sebagai umat yang cintakan Allah dan hari akhirat. Peluang yang datang jangan dilepaskan begitu sahaja kerana kelak kita kerugian yang tidak mampu dibayar dengan tangisan dan penyesalan. Melalui beberapa hadis Rasulullah s.a.w, baginda menerangkan bagaimana pada kebiasaannya malam lailatul qadar akan datang pada sepuluh akhir Ramadhan. Oleh itu gunakanlah masa ini sebaiknya untuk beribadat janganlah terlalu sibuk dengan persiapan hari raya sahaja. Islam tidak melarang umatnya bersiap untuk berhari raya tetapi kita juga mesti mengutamakan bekalan akhirat yang lebih utama. Betapa ramai yang menghabiskan sepuluh terakhir Ramadhan di kedai-kedai, supermarket, pasaraya dan sebagainya kerana mahu menyambut hari raya sedangkan pada masa yang sama tawaran yang lebih hebat apabila kita beramai-ramai menghidupkan sepuluh malam terakhir itu di surau atau masjid. Janganlah kerana mahu mengejar sementara kita terlupa kepada bekalan apabila bertemu dengan Allah di akhirat sana.



MAKSUD SURAH AL-QADAR



Firman Allah dalam surah al-Qadar 1-5 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( al-Quran ) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah itu malam Lailatul qadar?. Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Di malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan Izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu (penuh ucapan) kesejahteraan sehingga terbit fajar.



SEBAB PENURUNAN SURAH AL-QADAR



Di sini ada beberapa riwayat yang menceritakan mengenai sebab diturun dan diberi kelebihan malam al-Qadar yang dianugerahkan kepada umat nabi Muhammad s.a.w dan tidak diberi kepada umat sebelumnya.



1. Ibu Jarir mengeluarkan daripada Mujahid dengan katanya : Adalah pada umat bani Israel ada seorang pemuda mendirikan malam sehingga Subuh. Kemudian dia berjihad melawan musuh pada siang hari sehingga petang. Dia melakukan amalan ini selama seribu tahun lalu Allah menurunkan ayat ini yang memberi galakan dan kelebihan kepada umat nabi Muhammad s.a.w yang mendirikan malam al-Qadar di mana mereka akan memperolehi ganjaran yang lebih baik daripada pemuda bani Israel tadi.



2. Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dan Baihaki dalam sunannya daripada Mujahid memberitahu bagaimana nabi telah menceritakan tentang seorang pemuda bani Israel telah membawa senjata berjihad di jalan Allah selama seribu tahun maka seluruh umat Islam yang mendengar perkara ini merasa begitu kagum lalu Allah menurunkan ayat ini yang menyatakan bagaimana umat ini akan dapat menandingi ganjaran yang diperolehi oleh pemuda tadi dengan mendirikan malam lailatul qadar.



3. Ibnu Abi Hatim daripada Ali bin Urwah telah memberitahu bahawa pada suatu hari nabi telah menyebut tentang 4 orang daripada bani Israel di mana mereka telah menyembah Allah selama 80 tahun tanpa membuat maksiat walau pun sekelip mata. Semua muslimin yang mendengar cerita ini merasa kagum lalu datanglah Jibril membawa datang ayat ini bagi memberi semangat kepada umat nabi Muhammad s.a.w agar menghidupkan malam al-Qadar supaya mereka akan memperolehi kelebihan melebihi amalan pemuda bani Israel tadi.



4. Malik bin Anas memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat kepada umur manusia zaman sebelum ini, maka baginda umur umatnya terlalu singkat di mana baginda merasa bimbang kepada amalan-amalan umat ini yang pasti tidak akan dapat menyamai amalan umat terdahulu. Maka Allah mengurniakan kepada baginda dan umat akhir zaman dengan suatu malam yang lebih baik daripada seribu blan bagi umat lain.



SEBAB DISEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR



Menurut Imam al-Razi seorang penafsir terkenal telah menulis mengenai sebab Allah menyembunyikan malam al-qadar daripada pengetahuan kita iaitu sebagaimana berikut :



Pertama : Allah menyembunyikan malam al-qadar sebagaimana Dia menyembunyikan seluruh rahsia sesuatu yang lain seperti Dia menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan seseorang hamba sehingga menimbulkan kegemaran dalam melakukan semua ketaatan kepada Allah. Allah juga menyembunyikan saat-saat diperkenankan doa agar setiap pemohon bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Begitulah juga Dia menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.



Kedua : Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia yang tahu tentang kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat atau pun dia melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan dia terjerumus ke lembah kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat dosanya daripada kita tidak mengetahuinya. Oleh itu dirahsiakan malam al-qadar.



Ketiga : Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.



Keempat : Seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat



Rujukan
1. Al-Quran al-Karim

2. ad-Durrul al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, Imam Sayuti, Darul Fikr


 

Saturday, August 14, 2010

Ramdhan..Dtangmu di nanti..pergimu d tangisi..

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
agar dapat ku lakui dengan penuh sempurna..
Selangkah demi selangkah setahun sudah pun berlalu..
masa yang pantas berlalu hingga tak terasa ku berada di bulan ramadhan semula..

Puasa satu amalan..
sebagaimana yang di perintahkan..
moga dapat ku lenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri tiada henti-henti...

Tak inginku biarkan Ramadhan berlalu saja..
Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi segalanya dengan sabar...

Ku memohon pada tuhan diberikan kekuatan..
Ku merayu pada tuhan, agar diterima amalan..

Selangkah demi selangkah, dengan rahmatMu ku tempuh jua..

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
agar dapat ku lakui dengan penuh sempurna..
Amin...

Sunday, July 25, 2010

Kasih sayang itu suatu nikmat…


Kasih sayang itu suatu nikmat…
Ya..kasih sayang itu suatu nikmat dari Allah swt yang tak terhingga..
Nikmat untuk menyayangi dan disayangi…
Begitu hatiku menyayangi kedua ibu bapaku, satu nikmat , perasaan yang Allah anugerahkan untuk bertahta di hati ini.. Di luar sana ramai ibu bapa menjadi hamba kepada anak2 yang mereka lahirkan, bahkan di maki, di cerca dan di hina oleh anak kandungnya sendiri.. Alangkah ruginya memperlakukan ibu dan ayah sedemikian rupa..Begitu hatiku tersentuh saat aku dibelai ibu, di kala aku tersungkur , di kala aku kecewa, di kala aku berduka dan lara…Begitu hatiku sayu, saat memandang seraut wajah tua ayahku, yang selama ini seikhlas hati mencari sesuap nasi buat aku dan keluargaku…hanya Allah swt yang dapat mambalas jasa umi dan abi..Doaku agar terus bersama kalian di sana nanti…
Satu anugerah yang tak ternilai untuk hati terus menyayangi adik-beradikku dan keluargaku…meskipun berjauhan kini, dek satu amanah dan tanggungjawab yang harus ditunaikan, meskipun bersua hanya seketika, hati ini akan tetap merindu kalian…sungguh, perasaan ini adalah suatu nikmat dan kegembiraan yang tak dapat di ungkap dengan lisan, tak dapat diluahkan dengan pena…semoga hati ini akan tetap merindui kalian.. Kalian yang membesar bersama2ku, kalian yang mendewasakan tingkahku, kalian yang mengajarku bertatih, kalian yang sentiasa bersamaku duka dan gembira..kalian yang sentiasa bersabar dengan kerenahku..kalian yang Allah swt anugerahkan untuk aku sayangi sebagai adik-beradikku..Semoga bersua di syurga abadi..
Begitu hebat ciptaan Ilahi..dipertemukan hati hati yang merintih mengharapkan redhaMu…dengan erti seorang sahabat, aku mengenali kalian…kalian yang aku sayangi…dan semoga kasih sayang itu berkekalan..hingga ke syurga abadi..kalian yang aku cintai, sahabat yang datang silih berganti, menemani aku dalam menggapai cinta Ilahi…Kalian yang aku hormati, menasihati aku tanpa jemu.. Kalian yang aku kasihi, tiada lafaz yang setara, yang dapat aku ceritakan, betapa istimewa nilai sebuah kasih sayang yang telah tercipta…
Begitu indah rasa ini..rasa yang hadir di hati.. betapa aku menyayangi kalian sebagai seorang guru.. syukur atas segala nikmat ini Ya Tuhan..telah Kau pertemukan aku dengan guru-guruku…guru yang telah mendidik aku..mengenali itu dan ini..sungguh aku syukuri, kerana rasa ini hadir dihati..segalanya dari Ilahi..Setiap ilmu yang kalian ajarkan, hanya Allah swt yang bisa membalasnya.. kalian yang aku hormati,juga aku segani..semoga bahagia di sana nanti…Dia Maha Mengetahui yang terzahir..juga setiap yang tersembunyi…

Thursday, July 8, 2010

Qasidah...


 ألا يا الله بنظرة

أَلاَ يَا الله  بِنَظْرَة مِنَ الْعَيْنِ الرَّحِيْمـَة
Ya Allah ! limpahkanlah kurnia rahmat-Mu

تُدَاوِي كُلَّ مَا بِي مِنْ أَمْرَاضٍ سَقِيْمَة
Yang dapat menyembuhkan semua penyakit-penyakit yang ada padaku

ألاَ ياَ صَاحِ  يا صَاحِ لاَ تَجْزَعْ وتَضْجَرْ
Wahai kawanku! Wahai kawanku! Janganlah engkau gelisah dan jangan bosan

وسَلِّمْ لِلْمَقَادِيْـر كَيْ تُحْمَدْ وتُؤْجـَرْ
Serahkanlah pada takdir  agar engkau dipuji dan di beri pahala

وَكُـنْ رَاضِي بِمَا قَدَّرَ المَوْلَى ودَبَّـر
Dan jadilah hamba yang redha atas apa yang telah di takdirkan Allah, dan diaturkanNya

وَلاَ تَسْخَطْ قَضَا اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ اْلأَكْبَر
Dan janganlah engkau ingkar akan takdir Allah Tuhan Arsy yang
Maha Besar

وَكُنْ صَابِرْ وَشَاكِرْ
Jadilah engkau orang yang bersabar dan bersyukur

تَكُنْ فَائِزْ وَظَافِـرْ
Maka engkau akan menjadi orang yang berjaya dan menang

وَمِنْ أَهْلِ السَّرَائـِر
Dan menjadi kelompok orang  orang  ahli sir (rahsia)

رِجَالِ اللهِ مِنْ كُلِّ ذِيْ قَلْبٍ مُنـَوَّرٍ
Yaitu hamba-hamba Allah yang memiliki hati yang bercahaya

مُصَفًّى مِنْ جَمِيْعِ الدَّنَسِ طَيِّبٍ مُطَهَّرٍ
Yang bersih dari segala noda (kotoran hati), baik dan suci

وَذِهْ دُنْيـَا دَنِيـَّة حَوَادِثُهَا كَثِـيْرَة
Dunia ini hina, dan banyak kejadian-kejadiannya

وَعِيْشَـتُهَا حَقِيْرَة وَمُدَّتُهَا قَصـِيْرَة
Dan kehidupan dunia itu hina, serta masa untuk hidup itu singkat

وَلاَ يَحْرِصْ عَلَيْهَا سِوَى أَعْمَى الْبَصِيْرَة
Dan tidak ada orang yang rakus akan dunia melainkan orang yang buta hatinya

عَدِيْمُ الْعَقْلِ لَوْ كَانَ يَعْقِلْ كَانَ أَفْكـَر
Yang tidak berakal, yang apabila ia benar-benar berakal ia akan berfikir

تَفَكِّرْ فِي فَنَاهـَا
Berfikirlah akan dunia yang  tidak kekal

وَفِي كَثْرَةِ عَنَاهَا
Dan  penderitaannya (dunia) yang banyak.

وَفِي قِلَّةِ غِنَاهـَا
Dan akan kekayaannya (dunia) yang sedikit.

فَطُوْبَى ثُمَّ طُوْبَى لِمَنْ مِنْـهَا تَحَـذَّرْ
Maka beruntunglah dan sungguh beruntung bagi siapa yang berhati-hati dari
pada dunia

وَطَلَّقَهَا وَفِي طَاعَةِ الرَّحْمنِ شَمَرْ
Dan menceraikannya (dunia), dan bersiap-siap menuju kepada ketaatan Allah.

أَلاَ يَا عَيْن جُوْدِيْ بِدَمْعٍ مِنْكِِ سَائِـلْ
Wahai mata! Curahkanlah dari padamu air mata yang mengalir

عَلَى ذَاكَ الْحَبِيْبِ الَّذِيْ قَدْ كَانَ نَازِلْ
Untuk seorang kekasih yang telah di utus (Nabi Muhammad s.a.w.)

مَعَنَا فِي الْمَرَابِعْ وَأَصْبَحَ سَفَر رَاحِلْ
Ia bersama kami dan sekarang telah pergi

وَأَمْسَى الْقَلْبُ وَالْبَالُ مِنْ بَعْدِهِ مُكَدَّر
Maka hati ini setelah kepergiannya menjadi menjadi sedih

وَلكـِنْ حَسْبِيَ الله
Akan tetapi cukup bagiku, Allah

وَكـُلُّ الأَمْرِ للـهِ
Dan segala urusan akan kembali pada Allah

وَلاَ يَبْقَى سِوَى الله
Dan tiada yang kekal kecuali Allah
  
عَلَى بَشَّارِ جَادَتْ سَحَائِبْ رَحْمَةِ الْبَرّ
Semoga Allah memberikan curahan rahmatnya atas penghuni Bassyar (tiga tempat pengkuburan para Auliya).

وَحَيَّاهُمْ بِرَوْحِ الرِّضـَا رَبِّي وَبَشَّـرْ
Dan semoga Dia (Allah) mencurahkan keredhaannya atas mereka serta memberi khabar gembira

بِهَـا سَادَاتُـنَا وَالشُّيُوْخُ الْعَارِفُوْنَـا
Disana terdapat tuan-tuan dan guru-guru kami yang arif

وَأَهـْلُوْنَا وَأَحْبـَابِ قَلْبِيْ نَازِلُوْنَـا
keluarga kami dan orang-orang yang kami cintai

وَمَنْ هُمْ فِي سَرَائِرِ فُؤَادِيْ قَاِطِنُوْنَـا
Dan mereka orang-orang yang berada dalam lubuk hatiku
  
بِسَاحَةِ تُرْبِهَا مِنْ ذَكِيِّ الْمِسْكِ أَعْطَر
Mereka berada di tempat yang debunya tercium aroma bau kasturi

مَنَازِلُ خَيْرِ سَادَة
Tempat-tempat persinggahan bagi sebaik-baik manusia

لِكُلِّ النَّاسِ قَادَة
Mereka pemimpin bagi umat manusia

مَحَبَّتَهُمْ سَعَادَة
Dalam mencintai mereka terdapat kebahagiaan

أَلاَ يَا بَخْت مَنْ زَارَهُمْ بِالصِّدْقِ وانْدَر
Sungguh beruntung bagi siapa yang menziarahi mereka dengan tulus dan datang

إِلَيْـهِمْ مُعْتَنـِي كُلُّ مَطْلُوْبِهِ تَيَسـَّرْ
Kepada mereka dengan penuh perhatian maka semua permintaannya akan dipermudahkan

Sunday, May 16, 2010

*Selamat Hari Guru...


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

- Lilin Seorang Guru..Inteam

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU  buat semua guru dan pensyarah saya...dan juga semua yang pernah mengajarkan saya ilmu... jasa kalian di kenang.. semoga dinilai mulia di sisi Allah swt..

Rasulullah bersabda bermaksud: “Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajar kamu.” (Riwayat Abu Hurairah)
 

Saturday, May 15, 2010

*hafiz hashim tiba2 hensem..

Piala Thomas...hafiz hashim tiba2 kelihatan begitu hensem dan segak...(yeke??) =)



tapi si hensem ni xdapat beraksi untuk final esok..

maka. si hensem Lin Dan akan bertemu si hensem Taufiq Hidayat....


Lin Dan
vs
Taufiq Hidayat  

 
 

Kenapa badminton??
Sebab buah hati saya (buah hati di alam maya suatu ketika dulu) pemain badminton...siapakah dia??

Perhatikan yang berbaju oren di bawah.. y rambut ada sikit je.. ha, yang tu la... =)

 

 dan juga yang ni.....



Friday, May 14, 2010

*Hidup dan pilihan...

Dalam kehidupan kita seharian, seringkali kita perlu memilih dan membuat keputusan… Setiap orang perlu memilih… dan setiap pilihan itu pasti ada sebab dan alasannya yang tersendiri… Jadi kita kena membuat pilihan yang terbaik..agar segalanya berjalan lancer.. dan yang paling penting dan utama, pilihan dan jalan yang kita pilih itu mestilah seiring dengan kehendak agama agar kita menjadi hamba Allah swt yang bersyukur dan setiap perkara yang dilakukan dalam redha Allah swt, InshaAllah.. Dan setiap yang berlaku itu atas kehendak Allah swt.. Maka pilihlah, sama ada untuk mendapat redha Allah swt ataupun murka Allah swt..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Teringat sewaktu saya di Matrikulasi, semasa menyemak senarai nama peserta yang lahir tahun 1989 yang dapat PLKN…nama saya berada di senarai peserta PLKN untuk siri ke-3..Kem di Negeri Sembilan.. SIRI ke_3?? Menurut teman2 dan rumet saya waktu tu, siri ke-3 selalunya pelajar2 yang tercicir dalam pelajaran, ataupun pelajar2 yang nakal atau bermasalah.. tak pasti betul ke tak, tapi ramai yang mengatakan begitu.. jadi saya budak nakal?? Penat saya memikirkan jawapan kepada persoalan itu..
Saya buntu…
Apakah pilihan yang sewajarnya saya ambil??
Memandangkan saya bakal menamatkan pengajian di matrikulasi mei 2007 waktu tu..dan pendaftaran PLKN awal jun 2007.. saya hanya ada masaa beberapa minggu sahaja untuk bermanja2 dengan mak di rumah..TIDAK!!! Keputusan ke IPT pun selalunya keluar bulan jun, dan pendaftaran ke IPT awal julai.. sedangkan siri ke-3 PLKN dari Jun-Ogos.. jadi kalau saya ke PLKN dan mendapat tawaran ke IPT, saya akan berada di PLKN lebih kurang sebulan.. jadi haruskah saya ke PLKN?
Teman2 yang pernah ke PLKN memperihalkan keadaan2 di PLKN..katanya, pengalaman PLKN sangat manis dan xmungkin dilupakan.. betulkah??
Saya semakin buntu.. kemudian menelefon ke pejabat di Kuala Lumpur.. katanya, saya kena pergi dulu.. kemudian bila dapat surat sambung belajar ke IPT, baru boleh wat surat penangguhan.. Jadi saya kena pergi jugak..
Memikirkan keadaan di PLKN, saya memang suka aktiviti lasak sewaktu alam persekolahan dulu.. pendedahan di sekolah dalam kem2 kepimpinan pelajar, telah memberikan saya pengalaman2 seperti mendaki bukit, daki gunung, redah hutan belukar, redah paya bakau, berkayak, flying fox dan lain2.. saya Cuma risaukan pacat..macam mana la kalau jumpa pacat kat PLKN nanti..? tapi aktiviti2 lasak yang pernah saya ikut tu kenangan di alam sekolah je.. lepas masuk matrikulasi, saya dah bersara dari sume tu.. jadi PLKN?? Adakah saya perlu membatalkan semula sijil bersara saya tu..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap peserta kena wat medical cheak up sebelum ke PLKN..untuk mendapatkan pengesahan dari doctor sama ada boleh menyertai aktiviti2 di PLKN ataupun tak.. dan juga membuka akaun di Bank Pertanian.. kerana peserta PLKN akan d beri elaun.. sewaktu saya tengah beratur menunggu giliran di Bank pertanian, seorang sahabat menyapa saya.. rupanya izati, sahabat yang saya rindui sekian lama.. rupanya dia senasib dengan saya.. dapat PLKN siri ke-3.. Izati juga baru tamat belajar di Matrikulasi ketika itu..kata Izati, pelajar2 yang dulunya melangkau kelas dari darjah 3 ke darjah 5 ditempatkan ke PLKN siri ke-3..adeh, sedih bangat.. dan sahabat saya lagi 3 orang yang sama2 melangkau kelas dulu pun senasib ngan kami..Izati dan yang lain dapat kem lain, xsama ngan saya..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bertolak ke PLKN dari Terengganu… sangat memeranjatkan.. bas yang saya naik, hanya bawa 5 orang peserta perempuan.. selebihnya lelaki dalam 25 0rang..rupanya ke kem Negeri Sembilan yang saya pergi, Cuma 5 perempuan dari tempat saya.. yang lain2 dari kemaman, sabah, Sarawak dan negeri Sembilan..
Naik bas.. sedih.. nangis sorang2… lambai kat family sambil nangis… tp xboleh tunjuk air mata kat peserta lain, wat malu je.. punya saya cover, tgk2 ada sorang yang meraung sekuat hati dia,he.. mana xsedih, perjalanan yang jauh dan merimaskan.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bertolak petang, jadi berhenti makan dan solat maghrib… Dan saya perlu memilih.. Saya pilih untuk Jamak Takdim maghrib dan Isyak memandangkan pak cik driver bas kata bas xkan berhenti dah lepas tu..
Lepas makan, ambik wuduk,.. tiba2 peserta menyapa..
“awak, jamak tu macam mana ye..”
Saya kemudian ajarkan dia… dan dia juga bolah memilih.. jadi dia memilih untuk menjadi makmum, maka saya jadi imam.. selesai solat dan berdoa, rupanya bukan sorang je makmum, ramai juga.. Alhamdulillah, dapat solat berjemaah.. tapi sebenarnya ada sesuatu yang mengganggu fikiran.. tapi kita kena bersangka baik…


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika kamu bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan (dalam hatimu) : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dari ku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak membuat maksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya, padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan melakukan kemungkaran. Na`uzubillah…

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang perjalanan ke negeri 9, kami berlima di ganggu peserta lelaki yang nakal..kami berlima ketika tu duduk di kerusi y berasingan memandangkan byk kerusi y kosong..saya kemudian terlelap.. bila terjaga, terkejut y amat bila sy tgk budak2 nakal tu duk kat sebelah kawan2 perempuan.. tinggal sy je y duk sendiri..saya sgt takut, lalu menyalakan hp..sebab sangat gelap dlm bas waktu tu..sengaja sy letak beg kat sebelah, takut ada y dtg duduk..sangkaan saya betul, tiba2 ada peserta lelaki menyapa…
“hai yang berkaca mata itu, siapakah namanya.. beta ingin berkenalan..”
Saya buat2 xdengar..tapi dia wat saya marah bila dia angkat beg saya, n nak duduk kat sebelah.. saya terus bangun dan suruh lelaki2 yang berpasangan tu duduk belakang…jadi saya duduk sebelah sue, Diana ngan aini (bukan nama sebenar)…tinggal siti sorang(juga bukan nama sebenar).. bila saya terlelap n terjaga semula, terkejut saya bila dapati siti n sorang peserta laki, entah sape2 duduk berdua, n membuat adegan2 yang menyakitkan mata dan hati..dgn tidak sengajanya(yeke xsengaja?), saya menolak kerusi mereka.. y lelaki tu melompat sebab sangat terkejut..dia terus ke belakang.. siti tersipu2 malu.. then peserta y duk usik saya dtg kacau lagi.. dia nak tahu nama saya, sebab nama saya je dia belum tahu..sangat merimaskan, lalu saya terpijak kaki dia (terpijak or memijak?)..saya perlu memilih.. dia meraung kesakitan.. pak cik bas xpedulikan mereka2 itu u sangat2 nakal..
Saya mesej kakak,ngadu kat dia..then, satu family sangat risaukan saya..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di Kem, kami bertemu dgn peserta2 dari sabah, Sarawak, kemaman, negeri Sembilan..ada lagi kot, xingat.. yang pasti, peserta lelaki sangat la ramai berbanding perempuan..
Jadi, kami jadi tumpuan mata2 y nakal.. bila ta’ruf, rupanya ramai yang dah tak bersekolah.. majority belajar sampai PMR..ada juga UPSR..tapi itu bukan persoalannya..siapa pun mereka, pasti ada sebab dan hikmah Allah pertemukan saya dengan mereka..
Di sana, kami di latih bangun seawall pukul 5 pagi, persiapkan diri, solat subuh berjemaah, tazkirah subuh, kemudian dalam pukul 6.30 pagi, kami berkawad..ataupun riadah.. dengan gaya seperti seorang askar..ataupun polis.. kami d latih untuk berdisiplin … pagi y indah, udara y segar.. memberi semangat dalam setiap hari2ku.. betulkah?? Saya memikirkan sesuatu.. ada perkara y merunsingkan..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Solat…………..
Setiap kali solat berjemaah, hanya saya dan 2 atau 3 orang je peserta perempuan y solat.. y lelaki saya xpasti..ya.. bersangka baik..mungkin mereka bercuti… tapi y solat bersama2 saya juga kadang2 ada, kadang xde..kenapa macam chipsmore? Lantas air mata ini mengalir…ya.. harus bersangka baik..
Hari2 demi hari, masih begitu.. kemudian saya ajak mereka sama2 ke surau… ada y sedang bercuti.. ada y kata solat di bilik..sedangkan peraturannya di situ, solat di surau.. ada y suruh saya pergi dulu.. sehingga suatu ketika, saya berseorangan… hairan..kemudian ketika kuliah maghrib, sengaja saya balik ke bilik.. menjenguk teman2…sudah solatkah kalian?? (monolog dalaman..) kemudian sengaja saya duduk bersila d katil , kemudian mengalunkan ayat2 suci Al-Quran..kalam Allah.. kebetulan kedudukan katil saya d tengah2 dalam Dorm yang di huni hampir 20 orang peserta tu, maka alunan itu jelas kedengaran… semua mata memandang ke arahku.. keadaan yang bising tadi menjadi sunyi sepi..
Marahkan mereka kepadaku? Hati sangat risau.. tetapi saya harus memilih… memilih untuk terus mengajak mereka bersama2.. lantas ada yang bingkas bangun untuk berwuduk, dan solat di bilik.. rupanya belum bersolat.. waktu hampir isyak.. sesudah mengalunkan ayat2 suci Al-quran, jiran sebelah katilku, dari Sarawak, bangsa dusun, tidak berpegang mana2 agama.. dia bertanya..
“kamu baca apa tadi..bunyinya indah…” kemudian saya perjelaskan kepadanya…dan mintak diri untuk ke surau untuk solat isyak.. dan saya tidak sendiri..bilangan jemaah bertambah 4 orang..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perhimpunan semua peserta perempuan sebelum minum pagi..jurulatih perempuan, kami panggil cikgu..cikgu bertanyakan kesihatan kami dan bagi sedikit taklimat…lepas taklimat, cikgu minta sorang ke depan untuk ketuai bacaan doa makan…
Semua berdiam diri..lama juga…sengaja saya membiarkan…saya mengharapkan ada yang akan keluar membacakan doa makan..namun tiada yang keluar.. kemudian saya keluar..hati benar2 sayu… rupanya saya di uji.. untuk melihat dunia luar.. y selama ini hanya lihat di tv je.. sekarang situasi ini sedang saya alami.. Ya Allah, kuatkan hati ini.. dan teman2..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelas…………………
Ada satu sesi, kami semua ke kelas untuk belajar modul2 yang telah ditetapkan… ada satu hati, saya terserempak dengan peserta laki yang sama2 naik bas.. dan saya sama sekali tak cam dia..kenapa?? sebab sume peserta lelaki kelihatan sama dan tak serupa..sebab sume dah botak… dia menyapa saya…
“awak yang berkaca mata itu, siapakah namanya..beta ingin kenal..”
Saya buat2 tak dengar sapaan dia..
Kemudian, datang saiful, rakan sekumpulanku…
“Ain, aku tengok, baju kau besar sangat, xde saiz kecik ek?”
Saiful asal negeri Sembilan, lepasan SPM, bercadang ke Politeknik…
“Kau tengok baju aku besar?? Yang kau tengok tu kenapa?”
“Amboi, garangnya kau Ain..”
“Oh ye, baju saiz kecik dah habis, tinggal ni je..”(sengaja saya beralasan begitu.. padahal memang sengaja pilih baju saiz besar..sebab tudung kena masukkan dalam baju…jadi xdela Nampak ketat..) bukankah kita boleh memilih…?
Rupanya budak laki yang selalu duk usik saya ada kat situ..
“oo..nama awak Ain ye.. kalau Saiful tanya, awak jawab, kalau beta tanya, awak xjawab..”
Kemudian saya berlalu dari situ..
Sebelum mula kelas, kami menyanyikan lagu tema kelas beramai2 iaitu lagu Hijau..nyanyian Zainal Abidin..
Memandangkan ramai pelajar2 yang tercicir dalam pelajaran, maka modul2 yang dibekalkan adalah modul asas belajar seperti modul mewarna gambar, menulis A-Z, suaikan gambar dengan perkataan, senaraikan dan lain2… jadi saya sangat tertekan, kerana modul2 itu, saya pernah ajarkan kepada adik di tadika waktu tu.. saya memberontak seorang diri…dalam hati saya, kasihanilah hambaMu ini Ya Allah.. dalam linangan air mata, saya melihat seorang rakan lelaki dari kumpulan saya..asal sabah..bangsa sungai..tak de agama..sangat tekun dia menulis dan mewarna… dan dia sangat gembira sebab dia dah pandai menulis namanya sendiri.. cikgu yang ajarkan..dia tersenyum ke arah saya, sambil menunjukkan gambar matahari yang dia warnakan..hati saya tersentuh…betapa diri ini leka…lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan…Allah menganugerahkan ruang dan peluang untuk menuntut ilmu, tapi terkadang nikmat itu disalahgunakan dengan banyak bermain2..sedangkan mereka belum mendapat peluang..jangan pandang rendah kepada mereka…ajarkanlah mereka sedayamu..dan bersyukurlah..sungguh, Allah Maha Besar..

''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (An-Nahlu: 18).

Allah berfirman, ''Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).'' (QS Aldhuha [93]: 11). 

Kemudian, setiap kali saya menyiapkan keje saya, saya seronok untuk berkongsi ilmu dan ajarkan kepada rakan2.. mereka sangat bersemangat..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pakai tudung….
Cikgu pesan kat semua peserta perempuan, yang muslim pakai tudung..ini peraturan di kem.. walaupun alasannya kurang menyenangkan hati ini, saya akur juga..
(monolog dalaman) “bukan peraturan di kem, itu perintah Ilahi..”
Ada seorang rakan tak bertudung.. jadi dia baru belajar bertudung.. saya dan rakan2 lain tolong pakaikan tudung untuk dia sewaktu dalam Dorm..
“Ain, pakai macam ni ek?”
“meh2 nak pakaikan…”
“eh Ain, cantik jugak aku bertudung..”
“ya, cantik..nape xpakai tudung kat luar?”
“mak aku tak pakai pun..dia xpernah suruh aku..kat sekolah pun aku xpakai tudung..”
“yeke..boleh la blaja2 pakai dari sekarang…nampak manis kau bertudung..moga Allah permudahkan urusan kita semua..”
“kau solat?”
“Ain, aku sebenarnya bukan xnak solat,tapi aku lupa cara dia..”
(dalam linangan air mata)“jadi kau dah lama xsolat? Nanti kita g surau sama2 ya..kita ikut imam..bacaan2 nanti aku ajar perlahan2”
“ok..”

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat bendera kumpulan..
Ada 4 kumpulan.. saya kumpulan Bravo…kain rentang putih di bentang atas meja..kat kantin..meja panjang macam kat kantin sekolah2.. jadi kumpulan Bravo memgelilingi meja untuk berbincang…tentang tema, warna, lukisan…..
Sengaja saya mendiamkan diri..ingin sekali melihat mereka berani untuk melontarkan idea.. tapi hampa.. xde sesiapa yang berbicara kecuali Saiful yang berbicara itu dan ini..yang lain tidak membantah atau bersetuju…saya cuba untuk hidupkan suasana..dengan mencadangkan tema2..dan gambar yang nak d lukis pada kain rentang..lama kelamaan, ada y berani bersuara.. akhirnya, bendera siap juga setelah kami bekerjasama untuk mewarnakannya dengan cat pelbagai warna yang dibekalkan...
Masa saya tengah mengecat bendera, Saiful menyapa..
“Ain, aku rasa aku dah terpikat ngan seseorang..”
“Terpikat? Kat sape? Kau jangan nak menggatal kat kem ni..”
“aku serius ni, habis kem ni, aku masuk merisik..so aku nak mintak kau tolong aku..”
“kau suka sape ni? Merepek je kau ni..”
“tu Ain, kau budak cun group sebelah?”
“oo tu,ira(bukan nama sebenar..)dia memang cun..laki macam kau ni memang, nilai pada rupa je..tgk la akhlak dulu kalau ye pun..”
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Dinikahi seorang wanita itu kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
“Ain,aku bukan tgk dia cun saje, aku sekelas ngan dia,kelas modul..dia serius blaja..rajin bertanya.. dan selalu present kat depan..Ain, kau tolong aku eh, tanya dia..boleh x aku masuk risik dia habis PLKN ni..”
“em,yela2..aku tak janji..”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu makan tengahari……..
“Ain, kau ada tanya Ira? Pasal aku nak risik dia..aku betul2 tak keruan ni..kau ada no phone dia?bagi aku boleh?”
“Saiful,sabar2..bagi aku makan dulu..aku lapar ni..jap lagi nak solat zohor berjemaah..”
“cepat la ain. Aku xlalu makan ni..”
“Macam ni Saiful, aku dah tanya Ira..aku pun terkejut ngan jawapan dia..Dia isteri orang la..dia kawen masa umur 15, lepas PMR..”
“Ain, kau jangan nak main2 ngan aku..aku serius ni..”
“Aku tak tipu, masa cikgu tanya, sape dak kawen, Ira dan 2orang lagi angkat tangan..cikgu nak pastikan xde sape yang mengandung..yela, aktiviti2 yang bakal kita lalui, banyak y lasak2..”
“betul ke dia dak kawen?? Melepaslah aku..”
Saiful berlalu dengan hampa..
“Saiful..kau tu penghulu kat sini..jadi tumpukan pada tanggungjawab kau..lagipun kau muda lagi..kata kan sambung blaja kat politeknik, so blaja la betul2..”
“ok la Ain, aku blaja betul2..kau tu jangan lupa, malam lusa kau wakil kumpulan kita, bentang bendera tu ek?”
“em.yela..”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cikgu datang…
Cikgu panggil saya..dan dia tanya sape antara kami yang dari sekolah agama…Syakirah angkat tangan(bukan nama sebenar)..Syakirah asal Sabah..
“cikgu, saya bukan dari sekolah agama, tapi InsyaAllah, saya tolong setakat yang termampu..”
“cikgu nak awak dan Syakirah tolong tengok2 sape yang tak solat..bagi nama kat saya..nanti aka nada kelas bimbingan agama..”
“InshaAllah cikgu..”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mak tefon….
“Balik ye.. Ma risau la Ain kat sana…budak tu kacau ain lagi ke..?”
“Ain ok je ma kat sini..Ain blaja macam2…Ain seronok..”
“Ain balik ye..nanti Abang Zamani(abang sulongku) ambik Ain lusa..bagi surat tawaran ke IPT kat jurulatih..”
“Ma, lusa xleh, Ai nada perbentangan bendera..Ain wakil kumpulan..”
“Abang Zamani dah mintak cuti lusa..nak g ambik Ain..dari KL..Abang Zamani hantar Ain umah Kak Liza(kakak sulongku) kat Tanjung Karang, Selangor..Nanti bincangla ngan Kak Liza macam mana..Dia nak hantar balik Ganu or macam mana..”
“Ain ok je Ma..jangan risau..Ain boleh balik ganu ngan bas..ambik bas pagi..kesian plak kat Kak Liza, nak kena mintak cuti..aritu baru je cuti..”
“Ikut Ain la, ma doakan sume anak2 ma selamat..Ain balik ye..ma xsedap hati..”
Dan saya harus memilih….untuk meneruskan presentation atau taat pada ibu?
Dan saya pilih untuk taat pada ibu..pasal presentation, boleh bagi kat yang lain, n boleh latih mereka bercakap depan khalayak..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abang Zamani sampai…
Kedengaran nama saya d panggil, ada pelawat katanya..kemudian ke pejabat pakai baju kurung macam biasa, bersiap2 untuk pulang,..sampai ke pejabat, urusetia perempuan bgth y saya kena kuar dari kem dengan memakai baju PLKN yang biru tu..
So, gi tukar baju..salam2 ngan kawan2…
“Ain, kau tipu aku..kau janji nak ajar aku solat sampai aku pandai..”
(Laju air mata mengalir..)”Bukan aku tipu kau..aku kena balik dah..aku dapat sambung blaja..kau jangan tinggal solat ye..”
“Ain..payah la macam ni..nanti xde sape nak ingatkan aku solat..”
“Jangan la gini sayang,yakinlah ngan Allah,pohon pada dia..”
Saya pesan kat Sue, Syakirah dan Nadia,supaya tolong tgk2kan teman yang lain..Dan sepucuk surat saya mintak sue bagi pada cikgu, suruh cikgu bacakan depan rakan2 sume..surat kata2 semangat dan tanda kasih saya buat kalian sume..
“Ain, ko nak balik dah ?so sape nak bentang malam ni?”
“Kau present ye malam ni Saiful..wat leklok ye..”
“yela..xsempat la kau nak join program minggu depan?pegang senapang..”
“korang jela pegang senapang..semoga yang terbaik buat kalian..buat ko juga sebagai penghulu..”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sue mesej….
“Ain, sue ikut jejak Ain..Sue xsempat habis..sue nak sambung form 6.. “
“yeke..tahniah sue..blaja betul2 ye..”
“Ain, nadia dapat tawaran maktab..dia keluar minggu depan..”
“Alhamdulillah..”
“Ain, tinggal Syakirah je yang boleh kita harapkan utk tgk budak2 tu..”
“InshaAllah, Syakirah boleh..moga Allah permudahkan segalanya”
“Ain, masa cikgu bacakan surat Ain tu, ramai yang menitiskan air mata..”
“Sue, Ain kagum ngan semangat diorang… semoga Allah terus bagi kekuatan kepada mereka semua..”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan cuti semester ni..saya juga harus memilih.. sedang berkira2 n membuat perancangan tentang aktiviti sepanjang cuti sem ni..

Dan saya juga harus memilih...tajuk Final Year Projek kena difikirkan dan d pilih dari sekarang..semester 7 xlama dah,julai ni..kena wat final projek individu..so, kena pilih tajuk..buntu.........

Dan saya juga perlu memilih tempat praktikal..praktikal start november ni...sangat la risau..tengah mencari2 tempat praktikal yang sesuai...juga masih buntu....

Ya Allah, permudahkan urusannku,,urusan keluargaku..guru2ku..sahabat2ku...Amin...