Saturday, February 26, 2011

Warkah buat bakal suamiku...

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
KU INGIN MENJADI RATU BIDADARI.... (Warkah buat pemilik halal hati ku kelak, walau dimana sahaja dia berada, walau aku tidak tahu siapa pun dia...)


Wahai bakal suami ku...
...Hari ini kau pergi meninggalkan aku,
Meninggalkan anak – anak kita,
Meninggalkan rumah kita yang penuh kenangan,
Hari ini kau pergi,
Untuk menyenangkan hati seseorang yang telah mengorbankan seluruh hidupnya,
Untuk kebahagiaan kita hari ini,
Sehingga kau dan aku berjumpa dalam keadaan Islam,
Hari ini kau pergi,
Untuk menghapuskan luka Sayidul ambiya Muhammad SAW,
Kau pergi tinggalkan aku…
Untuk kembali kepada Dzat yang memiliki hati kamu hingga bersemi cinta di antara kita
Kau pergi meninggalkan aku…
Bukan karena kau tak menyayangiku,
Tetapi ada mata yang tak pernah mengantuk mengawasi cinta kita,
Ada tangan yang akan pukul kita ketika cinta kita melebihi cinta kepada-Nya,
Jika Esok…
Ketika aku terbangun dari tidurku, ku dapati kau tiada disisiku,
Maka…ku bertasbih...
“Alhamdulillah….”
Kenapa ?
Kerana Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang paling bahagia adalah orang yang suaminya keluar di jalan Allah SWT , kerana Dia bukan hidup dengan kekasih-Nya Allah SWT, tetapi hidup bersama Allah SWT”
Jika esok….
Ketika melihat kamar kita sepi, tak ada canda ceria seperti hari sebelumnya,
Maka…
Aku membayangkan, Bagaimana rumah sahabiyah !!
Suami mereka selalu pergi membawa pedang ,
Terkadang tak ada khabar, yang ada hanya kubur,
Tetapi…
Mereka tetap katakan :
“Biarlah rumah kami sepi, asalkan rumah – rumah di seluruh alam penuh dengan Nur Iman”
Jika esok…
Tidak ada tangan, yang memberi suapan ketika kau makan seperti yang biasa ku lakukan padamu.
Yakinlah wahai bakal suami ku...
Allah SWT akan beri suapan kepadamu hidangan yang memiliki 70 rasa di Jannah,
yang tak akan jadi kotoran yang menjijikan ,
Bahkan mengeluarkan keringat melebihi kasturi,
Jika esok…
Musibah, ujian dan sejuta masalah datang dalam kehidupanku tanpa dirimu..
Ku lihat ke dalam hati ku, kemana aku berlari ??
Saat itu Allah SWT ingin lihat Iman ku yang hari – hari bergantung kepada mu
Segeralah aku berwudhu, dirikanlah solat…
Adukan urusan kepada Rabb ku, aku akan bahagia di dunia yg sementara
dan akhirat yg selamanya.
Jika saat itu…
Ku cari pertolongan dengan kebendaan, itulah kegagalan dalam hidupku
Aku akan menderita selamanya...
Ketahuilah bakal suami ku...
Masalah selesai atau tidak, itu bukanlah maksud,
Tetapi Ta’luq kepada Allah swt, itulah suatu kejayaan besar,
Jangan kau tipu Allah SWT,
Kau meminta dengan “Iyya ka Na’budu wa Iyya ka Nasta’in”
Sementara kau meyakini bahawa kejayaan dalam mengumpulkan benda – benda,
Janganlah terpengaruh dengan keadaan dunia
Allah SWT beri dunia kepada orang yg dicintai dan juga kepada yang dibenci,
Jangan kamu bangga, seandainya kamu dapat seluruh dunia,
tetapi kamu kehilangan Allah swt,
Sesungguhnya itu suatu kerugian yang besar.
Kerana…
Sekalipun kau berhasil menjaring Jibril as dengan jaring yang kau buat
dan kau bisa perintah sesuai dengan kehendak mu,
Itu bukanlah kejayaan jika hari – hari mu kehilangan Allah SWT,
Orang yang kehilangan Allah SWT, Kehilangan segala – galanya,
Banyak orang dirikan solat untuk hadirkan benda,
tetapi, adakah orang solat untuk dapatkan Allah SWT,
padahal “Barang siapa yang mendapatkan Allah swt maka dapatlah segala-galanya”
Jika esok…
Aku terpandang rumah tetangga kita,
Suara tawa, keceriaan terdengar dari sana,
Suami mereka selalu dirumah tak pernah Khuruj fii sabilillah,
Aku tidak akan iri!!!
Tapi aku belas kasih kepada mereka,
Karena mereka sedang membangunkan tangisan dan permusuhan yang hebat di rumah mereka,
Ketahuilah bakal suami ku …
Bahawa setiap amal suami merupakan tabungan buat isterinya,
Bayangkan oleh mu bagaimana jika seorang suami hanya pandai mencari wang,
Apakah buku amalmu akan bertambah??
Jadi wahai bakal suami ku…
Pemergian mu melewati batas negeri adalah untuk mempersiapkan pesta – pesta besar untuk kita,
Mudah – mudahan Allah SWT akan mencintai kita,
Dan memudahkan perjalanan kita pada saat hari terakhir kita di dunia,
Aku menyedari engkau bukanlah Ali Bin Abi Talib,
dan aku bukan Fatimah,
Iman kita lemah sehingga kita harus tetap usaha atas Iman,
Sebagai mana para sahabat,
Bantulah aku dalam menempuh jalan Dakwah ,
Dimana orang buta sekalipun akan sampai jika melalui jalan ini,
Jangan bebani dirimu dengan perkara dunia yang engkau tak mampu penuhi,
Agar engkau bisa Istiqomah dalam kerja Nubuwah,
Ketahuilah...
Bahawa kematian adalah hari raya bagi orang yang memiliki Iman Kamil,
Sedangkan bagi orang yg kafir kematian adalah puasa selamanya,
Kau tinggalkan aku…
Untuk merubah kesedihan dalam kematian menjadi hari yang terindah,
Sebagaimana kekasih Allah SWT yang telah sukses melewatinya,
Percayalah...
Walau engkau yang maju dihadapan musuh , tetapi aku yang terlebih dahulu di bukakan pintu syurga oleh Ridwan As,
Aku akan menunggu 500 tahun didepan cermin emas,
Dan aku akan menjadi ratu bagi 70.000 Bidadari dan malaikat,
Tahukah kamu wahai bakal suami ku...
Bahawa kecantikan bidadari 70.000 kali dari kecantikan wanita terhebat di dunia,
Sedangkan aku isteri mu, Kecantikan ku 70 kali dari kecantikan bidadari,
Bagaimana mungkin engkau akan terkesan dengan selainku??
Tidak mengapa, jika tidak pernah membawaku pergi ke saloon dunia, kerana aku tak mahu ditipu oleh mereka,
Tidak mengapa, jika baju yang ku pakai dari bahan yang murah dan hanya berwarna hitam menutup wajah manisku,
Kerana ku tahu baju itu lebih baik dari seluruh dunia dan seisinya,
karena itulah pakaian isteri Raja Dua Dunia Akherat iaitu para Ummul Mu’minin para istri Rasulullah saw,
Bakal suami ku…Banyak orang merasa di jalan kebenaran,
Tetapi mereka tidak rasakan penderitaan Nabinya.
Mereka duduk di rumah, pergi ke pejabat,kemudian solat lima waktu, berhaji,
tetapi mengaku sudah berada di jalan Nabinya??
Sementara Rasulullah SAW berjalan di terik matahari untuk jumpa manusia,
Dicaci , dipukul hingga keluar darah dari tubuhnya,
Itu sebabnya baginda SAW menjanjikan kepada ummatnya :
“ Barang siapa yang menolong aku dan membantu hingga tersampainya risalah tuhanku baginya Jannah “
Seluruh sahabat telah ambil takazah ini,
Mereka pergi tinggalkan rumah mereka untuk berdakwah,
Engkau telah habiskan wang kita,
Untuk perkara ini dan pulang tidak membawa hadiah
Tetapi …
Kau membawa pakaianmu yang penuh debu fii sabilillah
Aku menyentuh dengan jari jemari ku...
Karena…
Debu yang menempel di jalan Allah swt adalah tameng dari asap api neraka.
Wahai bakal suami ku…
Aku akan menarik tangan mu ke muka pintu,
Pergilah suamiku !!!, Persiapkanlah pesta – pesta besar untuk kita,

Aku ingin dipakaikan emas!
Aku ingin minum khamr yang tak memabukan!
Aku ingin susu, madu dari sungai mengalir di depan rumah kita!
Aku ingin naik kuda yg bersayap!
Jangan kau sia-siakan umurmu, masa luangmu,
kajilah sunnah Nabimu, dan usahakanlah hidup sebagaimana sahabiyah,
Siang mereka jadikan siangmu, dan malam mereka jadikan malamu,
Sehingga Allah SWT datang kepada mu sebagaimana telah datang kepada mereka,
Sebelum ku akhiri warkah ini,
Aku ingin beri pujian untuk pengorbanan mu,
Tetapi…Aku tak pandai bersyair, tak seperti ahli dunia mengutip “ Beethouven “ atau “ Shakespear “ untuk memuji kekasihnya.
Namun, aku hanya bisa berkata :
Aku mengagumi “ Matamu” yang memerah,
Saat kamu menangis meminta hidayah,
Aku takjub dengan “ hidungmu” yang mengeluarkan isak,
Saat kamu bertaubat atas masa lalu kita,
Aku mencintai belaian “ tanganmu" saat kau mengusap anak kita yang berbuat kesalahan,
Aku menikmati indahnya “ senyummu “,
Saat kamu menghibur anak kita yang menangis,
Agar mereka kembali tertawa,
Aku bersyukur…Allah SWT telah jodohkan aku dengan diri mu,
Aku tahu banyak wanita yang berhajat padamu
Untuk itu aku tak akan sia – sia kan kamu,
Menjagamu dari musibah dunia dan akhirat,
Bakal suami ku …
Aku mencintaimu …
Tetapi kau tak selalu bersamaku
Kau sering meninggalkan ku…
Hanya aku berharap,
Mencium harum nafasmu di dalam syurga,
Tanpa ada lagi perpisahan,
Memelukmu tak akan lagi ku lepaskan…
Ya Allah…
Anugerahkan kami …
Rahmatilah kami…
Gembirakanlah dia walau dalam kesunyian..
Dengan adanya asbab atau tanpa asbab disisinya…
Bersihkan hati nya dari kecintaan kepada dunia...
Agar mudah melafazkan nama-Mu...
Saat hari terakhir kehidupan dunianya...
Perpisahan kami dalam memperjuangkan agama-Mu...
Jadikan asbab berkumpulnya kami dalam keluarga yang sebenarnya di Jannah...
Jadikan kesedihan kami,
Kerinduan kami,
Asbab Engkau ampuni kesalahan kami…
Jadikanlah asbab pengorbanan kami ini,
Engkau Redha kepada kami,
Dan jadi asbab hidayah buat seluruh alam,
Amin…Amin…Amin…

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Sunday, February 6, 2011



Sama-sama kita menyemai kasih dan menyubur rindu pada junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad SAW.  Majlis silaturrahim pondok kali ke-5 & Sambutan Maulidul rasul akan diadakan pada 5 & 6 Mac 2011. Di petik dari http://madrasah-hidayah.blogspot.com/2011/02/majlis-silaturrahim-pondok-se-malaysia.html

Aturcara Program
5 Mac 2011(Sabtu)
9.00 pagi
Bacaan Burdah

9.30 pagi
Pengajian 1 - Tuan Guru Mohammad Tuan Soh (Madrasah Darul Mustaqim, Tanah Merah, Kelantan)

12.30 t/hari
Makan T/hari & Solat Zuhur

2.30 ptg - MAJLIS PERASMIAN
- Bacaan Qur'an
- Bacaan Qasidah
-Ucapan Aluan oleh Dato Syd Umar Abdul Qadir Al-Aidrus
-Ucapan Aluan oleh Tuan Guru Hj. Salleh Musa, Sik, Kedah
-Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Baba Aziz Al-Fathani

4.30 ptg
Khidmat diri & Solat Asar

5.00 ptg
Pengajian 2 - Ustaz Zaidi, Lubuk Tapah

7.30 mlm
Solat maghrib

7.40 mlm
Qasidah

8.00 mlm
Kuliah oleh Baba Li, Sekam Budi, Pattani

9.15 mlm
Solat Isya'

6 Mac 2011(Ahad)


6.15 pg
Solat Subuh

7.30 pg
Pengajian 3 - Syikh Rohimuddin

9.00 pg
Sarapan pagi

10.00 pg
Pengajian 4 - Syeikh Fahmi Zam Zam

12.30 t/hari
Makan t/hari & Solat Zuhur

2.30 ptg
Pengajian 5 - Syeikh Rohimuddin

4.30 ptg
Khidmat diri & Solat Asar

5.00 ptg
Pengajian 6 - Syeikh Fahmi Zam Zam

6.30 ptg
Aktiviti bbas

7.30 mlm
Solat Mahgrib

MAJLIS PENUTUP & MAULIDUL RASUL

8.00 mlm
Bacaan Qasidah

8.15 mlm
Tausiyah oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid (murid kepada habib Umar, ulama Yaman)

8.45 mlm
Tausiya olh Habib Hassan Al-Attas (Imam besar Masjid Ba' Alawi, Singapura)

9.00 mlm
Bacaan Qasidah

9.20 mlm
Tausiyah oleh Syeikh Fadhil Al-Jailani, Turki (keturuana Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani)

10.10 mlm
Doa munajat & selawat bramai-ramai

Majlis Berakhir