Saturday, January 23, 2010

*Kau yang teristimewa...

Zainab Al-Ghazali..?


Saya yakin ada yang telah pernah mendengar nama ini…Zainab Al-Ghazali…Nama penuh beliau ialah Zainab Al Ghazali Al-Zubaili . Beliau dilahirkan di sekitar tahun 1917. Zainab Al-Ghazali merupakan pengasas Jamaah Saidatina Muslimah yang merupakan gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.
Walaupun dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, As-syahid Imam Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah dan ditugaskan memimpin Jamaah Saidatina Muslimah. Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.
Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.

Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.

Bagaimana pula dengan kita di Malaysia??

Beliau bersuami, suaminya seorang yang dihormati, seorang ‘Ulama yang berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada beliau untuk meneruskan dakwah ditengah-tengah masyarakat manus.

Semasa perkahwinan beliau berlansung, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, “Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya.”

Dia memperingatkan suaminya lagi, “Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T.”

Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W. Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al- Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath, Aminah Al-Jauhati.

Setelah Mursyidul ‘Am Hassan Al-Banna syahid, Zainab Al-Ghazali terus berbai’ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul ‘Am penganti Hassan Al-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka dan mengambil pengajaran daripada mereka.

Namun, mehnah dalam perjuangan…Zainab Al-Ghazali di uji hebat oleh Allah swt…Pada tahun 1965, Zainab Al-Ghazali telah di tangkap oleh pemerintah ketika itu Regim Jamal Abdel Nasser yang sangat membenci gerakan-gerakan Islam Zainab Al-Ghazali di jatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun…Tetapi pada tahun 1971, Regim Jamal Abdel Nasser telah meninggal dunia dan Zainab Al-Ghazali dibebaskan…

Tetapi,ketika beliau berada di penjara, pelbagai halangan perit yang telah Zainab Al-Ghazali lalu. Ingin saya kongsikan cerita Zainab al-Ghazali ini yang di petik dari buku karangan beliau sendiri yang bertajuk “The Return of Pharoah”

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7) “

Zainab Al-Ghazali juga turut mengalami pelbagai penyeksaan lain seperti di beri makan dengan roti yang disaluti najis..Ketika di penjara juga, suami Zainab Al-Ghazali telah di paksa untuk menceraikan beliau. Namun, dugaan yang dihadapi tidak mematahkan semangat Zainab Al-Ghazali untuk terus menyampaikan dakwah..Beliau menggunakan peluang yang ada untuk menyebarkan dakwah kepada banduan-banduan..Bahkan Zainab Al-Ghazali terus menerus menghidupkan malam-malamnya untuk bermunajat kepada Allah swt..Lidahnya sentiasa basah melafazkan zikrullah..

Begitu hebat pengorbanan Zainab Al-Ghazali dalam memperjuangkan Islam..

Dan apakah sumbangan kita pula untuk Islam??

Jangan jemu untuk berjuang sahabatku…

Jalan perjuangan memang memenatkan…

Yakinlah dengan janji-janji Ilahi…

Derita perjuangan itu, syurga hadiahNya..

Jangan takut untuk berjuang…

Islam wajib di pertahan…

Jangan leka dalam perjuangan…

Kerana kita mujahid Islam…

Kerana kita perlukan Islam…

Sahabat, berdolah kita agar dipermudahkan segala urusan… Berdoalah kita agar diperkuatkan iman…Jangan kita lari dari perjuangan…Kita perlukan Islam…Andai kita berpaling dari perjuangan, pasti akan lahir pejuang-pejuang di setiap zaman..Dan d manakah kita di sisi Tuhan??

0 comments: