Kaki ini terus melangkah...
Walaupun terasa lemah...
Tetap ku gagahi...
Cinta itu bukan untukku...
Aku melangkah lagi...
Mengintai di pelusuk kehidupan...
Masih adakah sisa-sisa cinta untukku?
Untuk insan sekerdil ini...
Hati menangis mencari makna cinta...
Dalam mengubat lara hati ini,
ada satu perasaan yang sungguh aneh sekali...
Rupanya cintaNya menyapa...
Betapa aku terleka...
Sebenarnya cinta yang d cari terlalu hampir..
Cuma d kaburi dosa-dosa...
Ampuni aku wahai Pencipta Alam Semesta...
Bimbinglah aku menuju cintaMu..
Kerana Kau Pemilik Segala Cinta...

Wednesday, November 18, 2009
*Cinta itu bukan milikku...
Posted by ain masturah at Wednesday, November 18, 2009 2 comments
*Salam Aidil Adha buat semua..
Posted by ain masturah at Wednesday, November 18, 2009 0 comments
*Selamat bercuti sahabatku...
Posted by ain masturah at Wednesday, November 18, 2009 0 comments
Tuesday, November 17, 2009
*Menangislah d bahuku...
Posted by ain masturah at Tuesday, November 17, 2009 0 comments
*sayang sangat kat ayahku...
Posted by ain masturah at Tuesday, November 17, 2009 0 comments
*Sayang sangat kat ibuku..
Posted by ain masturah at Tuesday, November 17, 2009 0 comments
*hari aiskrim sedunia...
nak g pasar malam kul 5.30 untuk mencari sesuap nasi...
g ngan syu..syu nak g cucuk duit dulu...
so,kena g jalan kaki...balik nanti baru naik van...
then nak beli aiskrim...kpd org tu y janji nak belanja aiskrim
kalau saya g umah dia,jangan jeles ye...he...=)
Posted by ain masturah at Tuesday, November 17, 2009 0 comments
Monday, November 16, 2009
*warna-warni kehidupan...
Posted by ain masturah at Monday, November 16, 2009 0 comments
*hari selera makan terbantut...
ada sape2 nak tlg saya habiskan kopok lekor ni x...
ngan apple pie... x larat nak makan... bukan xlarat tp xberapa nak berselera...
tadi lepas balik dari hantat adik2ku kat stesen bas mpkt, drive sorang2 sambil layan
perasaan y agak duka n lara tu,(cewah..) , terus selera makanku terbantut...
selalunya makan nasi berpinggan2 n bertambah-tambah... xde istilah bertolak- tolak dlm idupku sebelum ni
kalau bab makan,huhu.. bukan apa, tgk shida makan je dah cukup membuatkan kami tidak segan silu utk
menghabiskan nasi dalam periuk tu...(kantoi bawak periuk nasi..) td actually g hantar adik2 sampai kat van
tambang je... sampai sana, kami bincang ngan pak cik van sama ada nak singgah atau x kat kedai kopok
losong... adik2 nak beli kopok utk bawak balik kampung... husna nak beli rm50... shida rm30 kot.. asma n
izah pun nak beli byk gak...pak cik tu ok je nak hantar adik2, tp student pompuan y dah ada dalam van tu
agak membantah sebab diorang takut sampai lambat ke pasar payang... mcm nak gaduh jugak td... utk
menyelamatkan keadaan, saya menunjukkan kewibawaan y sememangnya agak berwibawa,ahaz... ni dialog
lebih kurang antara kami...
saya : nak naik van x? or nak kak ain hantarkan..? kak ain ok je..(cewah..)
shida : nak2..kak ain hantar kami jela...xnak la gaduh2 ngan diorang...
husna : haah, jom kak ain hantar kami... xnak la mengemis kasih pd y x sudi..cukuplah kasih syg antara kita...(husna menyusun ayat y agak jiwang...)
izah : ok gak kalau kak ain hantar, xmau la gaduh2...
asma : yeye kak ain nak hantar (dgn nada adik y manja..maklumla anak bongsu,huhu...)
saya : xpeke ni ? pak cik tu xmarah ke?
izah : xpe,hak pengguna...
asma : kita xde wat salah pape...
saya : korang kenal ke jalan nak g kedai kopok tu...
asma, shida,husna,izah : ingat2 lupa la kak ain...
saya : aduh, mcm mana nak sampai ke sana(monolog dalaman)
then,saya kol kak uda (my sis) tny jalan...coz her husband org seberang takir...
still conpius...tanya kak fateha plak, my junior degree sains com sem 3... dah faham tapi masih kabur...
last but not least, kol 'my special map'...huhu...dah faham,tp kena cari signboard jugak...
adeh,duk 5 sem tapi xkenal jalan...bukan apa,selalu org lain y drive...
so, kami sewa kete ngan akak kat blok farabi...
dah settle 1 konfliks, diorang y dalam van tu pandang je kat kami...xpela,sabar je y termampu...
diorang beli sakan kopok...macam nak wat kenduri je...
solat asar kat masjid putih..
then,salam2...my rumet peluk dgn erat sekali...adik2 lain sama gak...mcm2 amanat diorang bagi...
pastu bertolak balik...sayu hati... tapi saya kan tough...(eleh,kalau tough nape kuar air kot mata,huhu...)
alah,habuk masuk dlm mata je pun(sempat lagi nak cover,huhu)
singgah kedai basikal jap kat sebelah pasaraya hock kee seng,beli kunci basikal utk kunci loker...
balik bilik terus baring...n kol mak...
Posted by ain masturah at Monday, November 16, 2009 0 comments
Sunday, November 15, 2009
Saturday, November 14, 2009
*dorayaki...
Posted by ain masturah at Saturday, November 14, 2009 0 comments
*Tercipta engkau dari rusuk lelaki..
Posted by ain masturah at Saturday, November 14, 2009 0 comments
Friday, November 13, 2009
*Masih ada waktu...
Posted by ain masturah at Friday, November 13, 2009 0 comments
*Di situ letak segalanya...
Posted by ain masturah at Friday, November 13, 2009 0 comments
fuh..tinggal 1 paper lagi..19hb nanti..
subjek etika,komunikasi dan perancangan strategik...
my rumet habis 15hb..
so,saya akan ditinggalkan sendirian,isk2..
sisa2 waktu y ada sem ni digunakan untuk bermanja2 dengan rumet dan 'rumet2' y lain..huhu..
xsah kalu xde aktiviti makan2,hiks..
so,apalagi,petang2 kami akan makan2 kat bangku kat sebelah blok kami...
sambil merenung keindahan alam...
di samping merenung masa depan..tidak lupa juga memikirkan masa 'belakang'..=)
Posted by ain masturah at Friday, November 13, 2009 0 comments
Sunday, November 8, 2009
*Untukmu Sahabat...
Sukarnya untuk mencari sahabat...
Apabila kita telah bertemu sahabat, maka hargailah sahabat kita...
Jaga tutur kata kita apabila berbicara dengannya...
Sahabat itu anugerah Ilahi...
Sahabat y baik akan sentiasa mendekatkan diri kita kepada Tuhan Pemilik Alam...
Cintailah sahabat kita seikhlas hati, hanya keranaNya...
Dia pemilik segala cinta...
Posted by ain masturah at Sunday, November 08, 2009 0 comments
Saturday, November 7, 2009
*ari ini dalam sejarah...
akhirnya kami sanggup berpisah dengan selimut buat seketika di pagi hari y sungguh redup...
jadi slim akan tercapai,ahaz...asma kena tinggal,dia ada perbincangan hadis...
- husna : roti telor n roti boom...
- shida : roti telor 2biji,aduih banyak dia makan...
- izah : roti telor+bawang n roti canai kosong...(sebab roti tisu xde)
- saya : tut....sikit je makan... roti planta n roti bawang...
Posted by ain masturah at Saturday, November 07, 2009 0 comments
*yahoo...mak datang...
Posted by ain masturah at Saturday, November 07, 2009 0 comments
*cantik kan...
Posted by ain masturah at Saturday, November 07, 2009 0 comments
*forum untuk subjek etika...
multimedia..lepas habis persembahan, Dr.Fadhilah,kitorang punya lecturer untuk subjek etika ucap tahniah..
Posted by ain masturah at Saturday, November 07, 2009 0 comments
*kamera baru...
xnak sony, nak olympus or canon...tp memang dia nak canon lah...memang degil sket husna ni...
biasalah, my rumet memang mcm tu..
dah nak balik dah, nampak ada kamera,olympus tu... akhirnya husna bersetuju setelah
bermesyuarat ngan shida y buat2 berwibawa tu... saya y pilih warna putih y cun, suci lagi murni
tu... asma' n izah duk shopping sakan, xsedar kitorang beli kamera dah..
sempat je suruh org kedai tlg ambikkan gambar,,,
cun tu...hehe...memang husna n shida dia berlagak cun,nasib baik memang cun.. tp kakak dia lagi
cun, tu satu 'fakta' y masih blh dipertikaikan,huhu...
balik tu memang posing byk2...gambar shida banyak sekali,dia nangis kalau xambik gambar dia..
terpaksa gak ambik untuk elakkan UDM ni banjir,kui2...
Posted by ain masturah at Saturday, November 07, 2009 0 comments
Friday, November 6, 2009
*satu hari berjalan menghabiskan duit,huhu...
Posted by ain masturah at Friday, November 06, 2009 0 comments
*Kerana Aku Jua Wanita..
Perkataan yang sungguh indah sesuai dengan fitrah kejadiannya,
Apabila disebut wanita,
Terbayang di fikiran seorang yang lemah lembut dan bersopan santun,
Itulah ciri-ciri wanita solehah,
Wanita dizaman Rasulullah tidak gentar mempertahankan iman masing-masing,
Rela mengorbankan nyawa sendiri ,
Umpama Sumaiyah yang kental semangatnya..
Sanggup kehilangan insan tercinta demi mempertahankan iman di dada,
Wanita zaman itu,
Berkejar-kejaran untuk merebut pahala,
Tanpa mengenal erti jemu,Semata-mata mencari keredhaan Ilahi,
Namun wanita zaman ini akal senipis rambutnya,
Sibuk mengejar kenikmatan yang sementara,
Mendedahkan aurat tanpa segan silu,
Pergaulan tiada batasan,Maksiat berlaku dimana-mana,
Maruah tergadai tanpa berduka,
Kini,Nilai seorang wanita diperlekehkan,
Dek perbuatan segelintir wanita yang tidak bermaruah,
Siapakah yang harus dupersalahkan?
Sebelum menunding jari,Renunglah diri kita sendiri,
Muhasabahkanlah diri kita,
Dekatkan diri kepada Yang Esa,
Insyaallah diri akan terlepas dari fitnah dunia,
Wanita paling mudah untuk mendapat pahala,
Mengapa peluang itu dipersiakan,
Setiap titisan darah yang menitis dari perut ibu yang melahirkan anakakan terhapuslah dosanya
yang silam,
Pernah Rasulullah menceritakan,
Kaum wanitalah yang paling ramai ke neraka,
Disebabkan seketul daging yang tidak bertulang,
Wanita,
Jagalah lidahmu,
Kerana segala kemanisan dan kepahitan terletak disitu,
Aku merayu kepada semua muslimah,
Marilah kita saling menasihati,
Pertahankan maruah seorang wanita,
Kerna aku jua seorang wanita.
Posted by ain masturah at Friday, November 06, 2009 0 comments
*Jangan menangis wahai hati..
USAH KAU KESALI KELEMAHAN DIRI...
USAH KAU RATAPI KEKURANGAN INI...
JANGAN KAU TANGISI KEMISKINAN ABI...
JANGAN KAU KAGUMI KEPALSUAN DUNIAWI...
DUHAI HATI...
KETAHUILAH...SEGALANYA KETENTUAN ILAHI...
SEDARILAH....
KERANA KELEMAHAN DIRI ,
KAU BISA MENJADI SERIKANDI...
KERANA KEKURANGAN DIRI ,
KAU BISA MENJADI SAHABAT SEJATI...
KERANA KEMISKINAN ABI,
KAU BISA MENJADI INSAN YANG BERDIKARI...
DUHAI HATI...
SEDARILAH,DUNIA HANYA PERSINGGAHAN...
BUKAN KEINDAHAN ITU YANG DI CARI...
TAPI KEHIDUPAN YANG HAKIKI...
YANG BERSULAMKAN CINTA ILAHI...
MOGA KAU MENGERTI WAHAI HATI...
BAHAWA HIDUP INI BUKAN HANYA DI SINI...
Posted by ain masturah at Friday, November 06, 2009 0 comments
*Apa itu cinta...
apa itu cinta?
cinta itu fitrah...
berdosakah cinta?
nafsu y mengubah cinta mjadi dosa...
salahkah bercinta?
cinta y berada di landasannya y d redhai Allah itu y utama...
siapa yang boleh bercinta?
insan y tidak mengotori makna sebenarnya cinta...
apa makna cinta?
hanya hati y tulus menyintai mengenalinya...
untuk apa dan untuk siapa cinta itu?
Dia pemilik segala cinta...
Posted by ain masturah at Friday, November 06, 2009 0 comments
Sunday, February 1, 2009
*siapalah aku....
siapa aku d sisiMu Ya Allah...
di dalam keluarga,aku permata ayah bonda..
aku jua kakak kepada adik-adikku...
yang mendamba kasih dan perhatian dariku...
di kalangan teman-teman...kekadang akulah teman bicara...
Posted by ain masturah at Sunday, February 01, 2009 0 comments
*cinta sejati...
CINTA SEJATI
alangkah beruntungnya dikau sahabat...
kau temui cinta sejati...
cinta yang kekal abadi...
yang pasti ke syurgawi...
tapi aku masih di sini...
merenung ke dasar hati...
mencari makna keikhlasan diri...
dalam mencari kasih Ilahi...
Apakah kan ku temui sinar yang di cari...
yang pasti telah ia hadir berkali-kali...
namun nafsu menodai...
adakah kan muncul kembali...
menginap di sanubari...
dan aku kini, harus lebih berdikari...
kerana aku bersendiri, tanpamu sahabat untuk menemaniku...
seperti hari-hari yang kita lalui bersama...
tidak pernah ku melupaimu...
kerana kau sahabat sejati...
moga bertemu di syurga nanti...
harapan setulus hati...
ku pohon kasihMu ilahi...
Posted by ain masturah at Sunday, February 01, 2009 0 comments
*pasal judi...
kenapa judi di haramkan...
pernah x persoalan ini bermain di fikiran kita...
mungkin pernah...
seringkali juga ia menjadi persoalan dalam masyrakat...
namun setakat mana penghayatan individu terhadap parkara ini?
Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai pengharaman judi,suka untuk saya kongsikan citer ‘kasih seorang ayah’ bersama kalian semua…
bila di sebut perkataan ayah,pastinya tergambar di fikiran kita seorang lelaki y agak tegas terhadap anak-anaknya…mungkin juga anda menggambarkan seorang y garang…tidak kurang juga ada y menggambarkan ayah seorang y penyayang dan prihatin terhadap anak-anaknya…y pasti,setiap y bergelar ayah menginginkan kejayaan d pihak anak-anaknya…
bukan sekadar cemerlang akademik,bahkan dari segi pergaulan pun,pastinya ayah nak lihat anaknya seorang y sopan,patuh n taat pada orang tua…bicara y sopan…cara berpakaian y sopan n menutup aurat…untuk apa ayah buat semua tu?kerana dia seorang ayah…
tapi kita seringkali melawan cakap ayah kan…mungkin anda semua tidak pernah melukai hati ayah,tapi diri ini banyak berdosa kpd ayah…bila dah mohon maaf pada ayah,seringkali pula kita mengulangi perkara y sama…tapi ayah tetap sabar…kita xtahu betapa hati ayah pilu bila kita meninggikan suara…ayah sedaya upaya menahan air mata d hadapan kita…
tapi tahukah kita,d belakang kita,ayah menangis kerana perbuatan kita… x rasa berdosakah kita…tapi kita kadang2 terus bangga dengan apa y kita buat…ayah seringkali memaafkan kita…kerana dia seorang ayah…pernah x anda bengang bila ayah marah sebab terlambat pulang ke rumah…bila ayah tanya kenapa lambat,kita pulak buat muka kat ayah…sepatutnya kita mintak maaf dari ayah…tapi ayah tetap sabar…tahu x kita betapa ayah risaukan kita bila kita pulang lewat malam…tapi kita duk seronok2 je sambil lepak2…
pernah x kita x hiraukan ayah bila ayah kejutkan kita solat subuh…mesti anda semua x pernah,tapi diri ini terlalu bersalah terhadap ayah…pernah x ayah tegur kita bila result exam teruk…mesti kalian semua x pernah sebab result kalian tentunya cemerlang…tidak seperti diri ini…terlalu banyak bermain2…knp ye ayah buat semua itu…x penat ke ayah…kerana dia seorang ayah…lupakah kita pada setiap pengorbanan ayah sejak kita masih kecil lagi…
bukankah ayah y selalu mandikan kita…dia jugak y suapkan kita d kala perut minta d isi…
siapkan makan minum kita d waktu ibu kepenatan…bukankah ayah y menghantar kita ke sekolah…sehingga kita menjadi kita hari ini…bukankah ayah y membekalkan duit belanja…
tahukah kita,ayah sedaya upaya memenuhi kehendak kita…begitu besar pengorbanan ayah…bukan kepada kita sahaja,bahkan terhadap adik-beradik y lain juga begitulah keadaannya…kerana ayah tahu apa y terbaik untuk anak-anaknya…kepada sahabat2 y x berkesempatam merasai kasih sayang seorang ayah, begitu hebat cinta Dia kepadamu…kerana Dia tahu kau mampu memikul ujian itu…bersabarlah wahai hati,contohilah Rasulullah saw…baginda juga di lahirkan dalam keadaan yatim…
Mungkin anda semua tertanya2 apakah kaitannya pengharaman judi dengan kisah kasih seorang ayah…mungkin juga anda dapat membaca apa y cuba d sampaikan….
kenapa Allah swt mengharamkan judi?
Kerana Dia Maha Mengetahui…Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya…
Kasih sayang seorang ayah terhadap anak2 tidak berbelah bagi,kasih Ilahi terlalu agung tiada bertepi…bukankah Dia y menciptakan kita…bukankah Dia y member rezeki kepada kita…bukankah Dia y sentiasa setia mendengar rintihan hati kita d kala teman2 hanya d sisi d waktu suka…bukankah Dia y memberikan kita kudrat dan tenaga…bukankah Dia y memperlihatkan keindahan2 kepada kita..bukankah kerana Dia kita boleh berbicara…
Bukankah kerana dia,kita bebas ke mana2…Dia melarang kita terhadap sesuatu perkara pasti ada sebabnya…begitu juga seperti kisah kasih seorang ayah…semuanya kerana Dia terlalu sayangkan kita…Dia menghukum kita apabila leka,untuk mendidik jiwa…Dia memberikan ujian2 kepada kita…supaya hati kembali kepadaNya…Dia mengharamkan judi kepada manusia…kerana pasti itu y terbaik,terimalah seadanya…kerana Dia pencipta kita…
Di bawah ini ingin juga saya kongsikan sebahagian petikan khutbah jumaat:
Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
25 Jun 2004/ 7 Jamadilawal 1425
Nilai-Nilai Islam yang Sejagat
Mengenai amalan-amalan yang di haramkan di dalam Islam pula, mempunyai beberapa hikmah tertentu, dimana sebahagiannya kita mengetahui dan sebahagian yang lain pula tidak kita mengetahui hikmahnya. Namun, nilai yang ditekankan oleh agama Islam sebenarnya adalah untuk kebaikan umat manusia sejagat.
Sebagai contoh, nilai didalam pengharaman judi adalah supaya manusia bekerja keras untuk mendapatkan hasil pencarian dan supaya tidak memakan harta seseorang secara bathil atau dengan cara penipuan atau penindasan.
Perjudian juga boleh mencetuskan permusuhan diantara teman dan kerabat, yang mana kadangkala sehingga berakhir dengan pembunuhan. Tabiat judi yang sukar dihapuskan juga telah menyebabkan ramai keluarga musnah dan berakhir dengan perceraian, sedangkan yang menjadi mangsa hanyalah anak-anak dan juga masyarakat yang terpaksa menaggung akibatnya yang lahir daripada tabiat dan aktiviti keji tersebut.
Walaupun perjudian boleh memberi kemanfaatan sedikit di dalam berbagai aspek seperti pembangunan ekonomi, pekerjaan atau sebagainya akan tetapi, memandangkan keburukan dan masalah kemasyarakatan yang lebih besar, maka Islam telah mengharamkan perjudian daripada apa sahaja bentuk atau cara.
Allah swt telah berfirman di dalam Surah Al Maaidah, ayat 90:
Yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, perjudian, (penyembahan) berhala, menilik nasib adalah amalan keji daripada perbuatan-perbuatan syaitan. Maka jauhilahnya agar kamu mendapat keberuntungan.”
Sesungguhnya, pengharaman judi bukanlah hanya untuk kebaikan umat Islam, akan tetapi pengharamannya adalah untuk kebaikan dan maslahah masyarakat keseluruhannya. Inilah juga antara nilai yang ditekankan di dalam Islam, di mana kita tidak harus mengutamakan keuntungan atau kemanfaatan sedikit tetapi boleh menyebabkan berlakunya kemudharatan yang lebih besar kepada masyarakat.
Allah swt telah berfirman di dalam Surah AlBaqarah, ayat 219:
Yang bermaksud, “Mereka bertanya kepada mu tentang khamar dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa kemanfaatan bagi manusia, tetapi dosa (keburukan) keduanya lebih besar daripada kemanfaatannya…”
Daripada khutbah yang di sampaikan hari ini, terbuktilah bahawa nilai-nilai yang di bawa oleh agama Islam adalah nilai untuk manusia sejagat dan bukannya di khas kan hanya untuk umat Islam semata.
Persoalannya kini adalah bagaimana dapat kita mengamalkan dan berkongsi sama nilai-nilai murni tersebut dengan masyarakat yang lain agar kehidupan kita di negara ini lebih sejahtera, aman dan mulia serta diberkahi oleh Allah swt.
Posted by ain masturah at Sunday, February 01, 2009 0 comments
Friday, January 30, 2009
*kawan @ lawan...
Bacalah...
1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)
Posted by ain masturah at Friday, January 30, 2009 0 comments
antara dua kasih....
Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan senyum...
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kita kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar....
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta,
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis....
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta...
Tetapi, hakikatnya....
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi....
Kasih sayangmu tuhan itu yang kudambakan
Dengan rahmatku
Ampunilah dosaku..
Posted by ain masturah at Friday, January 30, 2009 0 comments
Thursday, January 15, 2009
*Wahai hati...
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat...
Posted by ain masturah at Thursday, January 15, 2009 0 comments
*rusuk siapakah y aku miliki?
“Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?” tanya Dara.“Sudah pasti kamu!” balas Jejaka.“Pada pandangan kamu, aku ini siapa?” tanya Dara lagi.
Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu menatap Dara dengan tenang dan berkata, “Kamu adalah tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hati.”
Mereka kemudiannya bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kain mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Dara membentak, “Kamu tak cintakan aku lagi!”
Jejaka sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan membalas, “Aku juga menyesal menikah dengan kamu! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!”
Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia menatap Jejaka, seakan tak percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk ditarik kembali. Dengan linangan air mata, Dara mengemas barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
“Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing.”
Lima tahun berlalu…
Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang kehidupan Dara. Khabarnya Dara pernah menikah dengan seseorang selepas itu, tetapi jodohnya tidak panjang juga. Jejaka yang tahu semua tentang Dara, merasa kecewa kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali. Dara tak pernah menunggunya.
Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup secawan kopi panas, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara. Ditakdirkan mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.
“Kamu apa khabar?” tanya Jejaka.
“Baik-baik saja. Hmm, apakah kamu sudah menemukan rusukmu yang hilang?” tanya Dara spontan.
“Belum,” jawab Jejaka sepatah.
“Aku akan ke luar negara esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi,” beritahu Dara.
“Telefon aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon rumah kita, bukan? Masih tidak berubah. Dan, tak akan ada yang berubah,” kata Jejaka.
Dara tersenyum kemudian berlalu.
Seminggu kemudian, Jejaka mendengar khabar bahawa Dara mengalami kemalangan, dan meninggal.
Malam itu, sekali lagi, Jejaka menghirup kopi panas dan kembali merasakan sakit di dadanya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara - tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan
Posted by ain masturah at Thursday, January 15, 2009 0 comments
*ingatlah...
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain
Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...
Posted by ain masturah at Thursday, January 15, 2009 0 comments