Friday, November 6, 2009

*Kerana Aku Jua Wanita..
















Wanita,

Perkataan yang sungguh indah sesuai dengan fitrah kejadiannya,

Apabila disebut wanita,

Terbayang di fikiran seorang yang lemah lembut dan bersopan santun,

Itulah ciri-ciri wanita solehah,

Wanita dizaman Rasulullah tidak gentar mempertahankan iman masing-masing,

Rela mengorbankan nyawa sendiri ,

Umpama Sumaiyah yang kental semangatnya..

Sanggup kehilangan insan tercinta demi mempertahankan iman di dada,

Wanita zaman itu,

Berkejar-kejaran untuk merebut pahala,

Tanpa mengenal erti jemu,Semata-mata mencari keredhaan Ilahi,

Namun wanita zaman ini akal senipis rambutnya,

Sibuk mengejar kenikmatan yang sementara,

Mendedahkan aurat tanpa segan silu,

Pergaulan tiada batasan,Maksiat berlaku dimana-mana,

Maruah tergadai tanpa berduka,

Kini,Nilai seorang wanita diperlekehkan,

Dek perbuatan segelintir wanita yang tidak bermaruah,

Siapakah yang harus dupersalahkan?

Sebelum menunding jari,Renunglah diri kita sendiri,

Muhasabahkanlah diri kita,

Dekatkan diri kepada Yang Esa,

Insyaallah diri akan terlepas dari fitnah dunia,

Wanita paling mudah untuk mendapat pahala,

Mengapa peluang itu dipersiakan,

Setiap titisan darah yang menitis dari perut ibu yang melahirkan anakakan terhapuslah dosanya

yang silam,

Pernah Rasulullah menceritakan,

Kaum wanitalah yang paling ramai ke neraka,

Disebabkan seketul daging yang tidak bertulang,

Wanita,

Jagalah lidahmu,

Kerana segala kemanisan dan kepahitan terletak disitu,

Aku merayu kepada semua muslimah,

Marilah kita saling menasihati,

Pertahankan maruah seorang wanita,

Kerna aku jua seorang wanita.

0 comments: