Tajuk : Selagi Pintu Taubat Masih Terbuka Hadith :
Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”
(Muslim)
Info Sains
IKAN MINUM
Adakah ikan minum? Walaupun ikan hidup
di kelilingi air namun ia tetap memerlukan
air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut
menggunakan air masin sebagai sumber
minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna
ikan menjadi masin akibat tabiatnya meminum
air laut. Ini kerana semasa ikan minum air laut
ini ia mampu mengasingkan garam daripada
air laut yang diminum.
Kelebihan ikan ini kerana ia mempunyai sejenis
sel kumuhan klorida yang dikenali sebagai
‘ioncytes’ di dalam insangnya. Ia akan bertindak
aktif untuk mengepam keluar garam daripada
badan ikan. Ikan akan merasa dahaga jika ia
tidak minum. Malah ikan akan mati kekeringan
jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam air.
2 comments:
Subhanallah...
Subhanallah... http://dslrjourney.blogspot.com
Post a Comment