Bingkisan buatmu..
Mok Lah, pagi ni, 3 feb, lepas subuh, kak uda,abg wa n jidan n baby dalam perut kak uda dtg ambik ain kat UDm..ain mintak kak uda dtg ambik ain..kebetulan xde kelas pagi ni..ain nak jumpa Mok lah wat kali terakhir d dunia ni..sebab ain sangat hormati Mok Lah..bila ain sampai kat umah Mok Lah ramai orang kat umah Mok lah..ramai kenalan Mok Lah dtg..jiran tetangga..saudara-mara..ada y dari Brunei, Kelantan dan lain2.. sume org baik2.. n ramai pelajar KUDQI(Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah) pun datang.. Tok Ma kata Mok Lah keje kat bahagian kewangan kat KUDQI,Manir..diorang xputus2 mendoakan Mok Lah n sedekahkan surah Yasin buat Mok Lah..n ramai sangat y solat jenazah untuk Mok Lah..kenalan2 arwah suami Mok lah pun datang..Mok Lah, Mok Lah dah didik anak2 Mok Lah sebaiknya.. kelapan-lapan anak2 Mok Lah kelihatan begitu tenang dan redha menerima pemergian Mok Lah.. Mok Lah, kami iringi Mok Lah sampai ke kubur..anak2 Mok Lah yang lelaki (Abdullah, Bilal,Yusof,Ilias) uruskan pengebumian Mok lah..d bantu ramai sangat y lain..n Mat(Muhammad), anak Mok Lah yang bongsu turut tolong apa yang patut..Mok Lah anak Mok Lah form 4(Zainab), muka dia ada iras Mok lah.. Zainab, Habsah, Fatimah tabah sekali.. Mok Lah xsempat tgk kak Habsah melansungkan perkahwinan y d jangka 14 februari nanti.. tapi ain yakin anak2 Mok Lah akan sentiasa doakan Mok Lah.. Mok Lah, lepas orang siap mandikan Mok Lah, berpusu2 kenalan Mok Lah nak jumpa Mok lah.. sampai ain terpaksa beratur panjang untuk kucup dahi Mok Lah wat kali terakhir..Mok lah, ain kucup dahi Mok Lah..sungguh dingin dahi Mok Lah, tenang sekali perasaan ain ketika itu..Mok Lah, waktu orang ramai angkat Mok lah untuk bawak Mok Lah ke surau, untuk solat jenaz, hujan turun renyai-renyai,iringi jenazah Mok Lah..sungguh damai..Mok Lah, semoga Mok Lah bersemadi dengan tenang, mengadap Allah swt dengan penuh kehambaan.. Al-Fatihah..
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara:
(1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,
(2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu,
(3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya,
(4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit,
(5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan
(6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”.
(Hadis riwayat Muslim).
1 comments:
cantik blog....
Post a Comment