Friday, March 5, 2010

*Insan teladan sepanjang zaman...


Di celah-celah kegelapan jahiliah...
Di celah-celah kehidupan y penuh kepalsuan,
Lahirnya cahaya menerangi kegelapan..
Lahirnya insan yang menyeru kebenaran..
Lahirnya insan yang menghapus  kejahilan insan..
Dia utusan tuhan..
Dia Rasul junjungan..
Dialah insan teladan..

Ya Rasulallah,
Hidupmu penuh pengorbanan,
Segalanya untuk tuhan..
Tanpa penat jemu dikau menyeru kebenaran,
Untuk umat manusia sekalian..
Walaupun dirimu di caci i hina oleh insan yang bencikan Islam..
Harapanmu hanya pada Pencipta sekalian alam..

 Ya Rasulullah..
Tabahnya dirimu menempuhi mehnah kehidupan..
Sehingga dirimu di sakiti musuh Islam..
Ketika sujudmu mengadap tuhan,
 bangkai unta di letak di belakangmu oleh hati yang penuh kebencian..
Namun dikau tetap sabar dalam ujian..
Sehingga menitis air mata Fatimah dalam meleraikan kekusutan..
Ya Rasulallah..
Dikau insan teladan sepanjang zaman..
Dikau contoh pimpinan teladan
Dalam memerintah Negara terbilang..
Amanah  di junjung dengan hati y cintakan tuhan..
Dikau contoh suami penyayang..
Isteri dan putera-puteri di didik dengan janji-jani tuhan..
Kerana syurga itulah matlamat kehidupan…
Dikau contoh dalam persahabatan..
Demi sahabat dikau rela berkorban..
Sehingga dikau rela kelaparan..
Kerana kasih untuk sahabat demi redha tuhan..

Ya Habiballah..
Pergimu  penuh ketengangan..bertemu tuhan sekalian alam..
Perginya rasul akhir zaman..insan teladan..
Pemergianmu memilukan hati setiap insan yang mencintai Ilahi..
sukarnya buat umat manusia menerima..
terlalu sukar bagi Umar mempercayai berita kewafatanmu..
namun kerana iman kepada ilahi, hati merelakan jua..
 cinta dan rindu kepadamu sentiasa tersemat di hati..

Ya Habiballah…
Walau tidak pernah bersua denganmu..
Kami terlalu merindu..
Di hari kelahiranmu..
Hati-hati kami berhimpun untuk menghidupkan rasa cinta kepadamu..
Kerana kadangkala kami alpa dengan kehidupan duniawi…
Semoga Islam terus di julang tinggi..
Semoga sunnahmu terus di amalkan oleh manusia kini..

Ya Habiballah..
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi..
Ya Rasulallah, kami merinduimu..
Ya Rasulallah, kami menyintaimu..

1 comments:

tokwan muda said...

salam alaiki...penuh kesyahduan...menginsafkan...