Wednesday, May 12, 2010

*bayi comel...


Comelnya baby ni..senyumnya bisa menggugat perasaan keibuanku ini..=) (gayanya seperti dah ada anak plak..) eh, sape kata saya xde anak..saya ada anak sedara..=) gambar kat atas tu anak sedaraku suatu waktu dahulu.. anak  anugerah tak ternilai dari Ilah…pasti setiap suami isteri inginkan zuriat y soleh dan solehah..



"Warisan bagi Allah 'Azza wajalla dari hambaNya yang beriman ialah puteranya yang beribadah kepada Allah sesudahnya. (HR. Ath-Thahawi)."

"Salah satu kenikmatan Allah atas seorang ialah dijadikan anaknya mirip dengan ayahnya (dalam kebaikan). (HR. Ath-Thahawi)"

" Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islami). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). (HR. Bukhari)"

Seorang datang kepada Nabi Saw dan bertanya, " Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?" Nabi Saw menjawab, "Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatirnu)." (HR. Aththusi).

Ahmad Jindan bakal mendapat adik tak lama lagi…menerusi mesin imbasan kat hospital(atau scanner namanya..), ahmad jindan bakal mendapat adik perempuan..saya plak bukan main excited lagi nak tunggu kelahiran ahli baru dalam hidupku..=) so, bila je habis final exam, saya berkira2 tarikh untuk pergi ke mana2 kedai y menjual pakaian2 bayi.. dalam perkiraan, saya ingin membeli baju y ala2 pompuan gitu..teman2 sudah pulang ke kampung masing2 memandangkan ramai y habis exam awal..saya  kuar ngan kak ain(rumetku masa semester 3 dan 4, setahun y lalu..) saya mintak kak a in temankan coz kak a in tahun akhir dah kat udm..ambik degree dakwah n bakal melansungkan pertunangan mei ni n InsyaAllah majlis walimah akan berlansung Aidilfitri tahun ni..lagipun macam xbest je nak drive sorang2 kete y ku sewa tu..
Sebenarnya, di dalam almari bajuku kat udm, ada sepasang baju bayi koleksi ku sendiri..(bukan untuk d pakai ye..tapi sekadar persiapan utk d beri hadiah kepada teman2 y bakal melahirkan baby..)
Tapi kekadang saya terfikir, kenapa ramai sangat muslimat sekarang suka pakai baju adik diorang ye.. kalau adikku, dah lama dia mengamuk habis, sebab dia darjah 4..kalau dipakai baju dia, mesti baju dia ada kebarangkalian utk terkoyak..(tak gitu?) sungguh menyedihkan, muslimat sekarang tidak segan silu utk terus memakai baju kanak2..malah mereka turut berbangga utk mempertontonkan d khalayak ramai..(peringatan utk diri dan sume..: jgn sesekali wat adik kita marah dengan memakai baju mereka..)
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).  "
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)"
Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud) 

Kembali pada citer baju baby koleksiku..
Baju ni sesuai untuk baby lelaki atau pompuan..jd saya beli sebab xtahu lagi nak hadiahkan kat baby mana..
So, saya hadiahkan jugak baju tu kat adik ahmad jindan y bakal d lahirkan xlama lagi..
Dan berbalik kepada citer saya n Kak Ain g jelajah cari baju baby y ala2 pompuan gitu, maka setelah bermesyuarat y tidak formal bersama Kak Ain, maka saya bersetuju ambik la 1 baju tu..warna pink gitu..asalnya berkenan kat baju y warna kuning, tp kain dia macam keras sket, macam xsesuai utk baby..ada topi..

Nanti baby besar sket, Acik Ain belikan baju y macam ala2 jubah plak ye..ngan tudung sekali,,biar jadi muslimah sejati..=) InsyaAllah..



 
 


 

0 comments: