Monday, March 15, 2010

*Kerana redhaNya kita bertemu…


Kerana redhaNya kita bertemu…
Sungguh Dia Perencana Terhebat.. kasih sayang Allah swt akan bersama hamba2Nya yang merindui kasihNya.. ingin ku coretkan kisah 4 sahabat..y bertemu demi kasihNya.. walaupun kisah ini biasa2 saja, namun ia amat bermakna bagi hati y melaluinya..
Ain mengenali Humairah sewaktu di alam sekolah rendah..ketika menjejakkan kaki dari darjah 3 ke darjah 5, Ain mengenali ramai kenalan..walaupun bersama2 pelajar y lebih tua setahun, Ain tidak berasa terasing.. bahkan begitu selesa dan di layan seperti pelajar y lain juga..bahkan, saban hari, Ain semakin akrab dengan rakan-rakan sekelas..Ain punyai group study (Ain,Humairah,Marziana,NikNajmiah,Aziemah)..y pastinya satu group y amat d hormati d sekolah kerana mungkin merekamerupakan geng yang teramat skema lagi, d samping byk mengharumkan nama sekolah, cewah..(terlebih perasan sebenarnya..) ..Ain banyak berkongsi suka dan duka bersama Humairah.. Di usia begitu muda, Humairah di uji dgn bermacam2 perkara.. boleh d katakan, hari2 y d laluinya sentiasa bersama linangan air mata, namun senyuman xpernah lekang d bibir.. Humairah menceriakan hatinya y lara itu..tp Ain tahu d sebalik senyuman itu, terselit seribu duka, dan Allah swt itu Maha Mengetahui.. hari-hari y Ain lalui bersama Humairah, mematangkan Ain dalam mengenal erti kehidupan ini.. bahkan derita itu membuatkan Ain dan Humairah semakin matang dalam meniti hari-hari bersama..Ain sapu air mata Humairah y mengalir itu.. kerana itu y Ain termampu.. d sudut hati, Ain sangat mengagumi Humairah..Ain dan Humairah serta kawan2 lain bertungkus lumus untuk persediaan UPSR.. dan ketika peperiksaan hampir menjelang, Humairah masih dalam deritanya.. dan sungguh Allah swt bersama org2 y sabar.. Ain n sahabat lain dapat result y cemerlang…waktu naik ke tingkatan 1, masing2 membawa hala tuju masing2.. Marziana dan Aziemah ke MRSM.. Nik Najmiah ke salah sebuah sekolah menengah agama y cemerlang.. Ain menolak tawaran ke MRSM..dan Humairah ke Sekolah harian elit berdekatan..Ain menyusuli Humairah.. terlalu gembira Ain dan Humairah kerana bertemu kembali di alam sekolah menengah..
Ketika d tingkatan 1, Ain dan Humairah terpilih untuk masuk ke kelas pelajar cemerlang, jd Ain dan Humairah d wajibkan untuk tinggal d asrama..bg memudahkan aktiviti2 d jalankan seperti kelas tambahan malam dan lain2.. cumanya Ain dan Humairah berada d kelas yang berasingan.. namun Ain dan Humairah masih berada d satu asrama y sama..bahkan katil bersebelahan.. dan derita Humairah itu tak berkesudahan.. Ain masih setia menemani..bahkan ketika Ain berduka, Humairah pula y akan terasa lara d hati..
Di dalam kelas, ain bersahabat dengan Aishah..seorang y kecil molek.. sgt cantik orgnya dengan dua lesung pipit d pipi.. Aishah seorang gadis y lincah..juga aktif berpesatuan.. Aishah memiliki banyak persamaan dgn Ain..sama ada dari segi hobi, minat, perangai dan banyak lagi.. Ain dan Aishah juga sentiasa berkongsi suka dan duka..Aishah dan Ain sering di usik pelajar2 lelaki y nakal d kelas... mungkin kerana Aishah dan Ain seorang y agak skema kot..tp Aishah dan Ain sering menjadi tempat rujukan pelajar2 lelaki y nakal tersebut untuk belajar ilmu2 agama, sehingga Aishah dan Ain d gelar ‘ustazah’.. Aishah memiliki kelebihan suara y merdu, sehingga Aishah sentiasa d pilih utk menjadi ketua nasyid sewaktu d asrama..
Dan Ain xkan pernah lupakan Humairah..Ain,Humairah dan Aishah menjadi 3 sekawan y akan ke mana2 bersama..makan bersama, belajar bersama..bahkan Ain, Aishah dan Humairah sangat aktif untuk berada d jalan dakwah d sekolah..Ain, Aishah dan Humairah sama2 memantapkan diri untuk terus menjadi muslimah sejati d samping mengajak sahabat2 lain utk sama2 memahami erti Islam y sebenarnya..namun Ain tidak dapat untuk terus tinggal d asrama kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat d elakkan..mungkin Ain belum cukup bersedia untuk berjauhan dengan keluarga..Jadi ain tidak lagi berada d kelas khas untuk pelajar cemerlang, kerana tidak memenuhi syarat y d tetapkan iaitu wajib tinggal d asrama.. jadi Ain terpaksa berpindah ke kelas biasa..Ain sangat sedih kerana tidak lagi dapat bersama2 Aishah dan humairah..utk sama2 meneruskan perjuangan..dan Aishah menggantikan Ain dalam menemani HUmairah mengharungi suka dan duka..Aishah benar2 memahami..Aishah dah Humairah menjadi akrab, seperti akrabnya Ain dan Humairah sewaktu d sekolah rendah.. dan Ain, Aishah dan Humairah masih bertemu untuk terus menyulam rindu kerana redha Ilahi.. hari-hari y d lalui cukup membahagiakan mereka..dan ketiga d tingkatan3, mereka harus berusaha bersungguh2 utk terus cemerlang.. dan Allah swt sentiasa bersama hambaNya yang berusaha, Ain, Aishah dan Humairah mendapat keputusan y cemerlang..
Aishah mendapat tawaran ke MRSM.. Ain dan Humairah meneruskan perjuangan d sekolah y sama..dan d takdirkan untuk Ain dah Humairah berada d kelas y sama..kelas aliran sains tulen.. Ain tidak mahu ke mana2, ingin meneruskan perjuangan d sekolah y banyak mengajar Ain erti segalanya..jd Ain memilih untuk tidak mengisi borang ke mana2 sekolah berasrama penuh ataupun MRSM.. begitu juga dengan Humairah..Ain meneruskan hari2 bersama Humairah..tanpa Aishah menemani.. Ain dan Humairah mendoakan Agar Aishah akan d temani sahabat y akan sama2 berada d jalan dakwah..
Ketika d tingkatan4, sekolah Ain dan Humairah bakal menyambut sambutan Jubli Emas..sekolah dah berusia 50 tahun..Jadi macam2 program y d aturkan.. antaranya ialah perjumpaan ALUMNI sekolah, majlis makan malam, pameran mengenai sumbangan pelajar dan guru2 dan byk lagi…sekolah tu dah lahirkan ramai pelajar cemerlang d peringkat negeri, Negara, mahupun antarabangsa.. dan Ain dan Humairah sempat mengikuti satu kursus motivasi selama 5 hari yang mana fasilitatornya terdiri drpd 60 orang pelajar2 Malaysia y belajar d United Kingdom dalam jurusan Medic, Engineering dan macam2 lagi.. dan Ain d takdirkn untuk berada bersama2 Humairah dalam satu kumpulan..Dalam setiap kumpulan, facis akan memilih 2org pelajar terbaik..ain dan Humairah tersenyum gembira mendengar perkhabaran drpd abg facis bahawa Ain dan Humairah d pilih sebagai pelajar cemerlang di dalam kumpulan 2..Ain dan Humairah xkan pernah melupakan pengalaman d program 5 hari bersama pelajar UK tersebut kerana Ain dan Humairah sangat yakin, Allah tidak menciptakan sesuatu dgn sia-sia..humairah sering menyapu air mata Ain..humairah sentiasa nasihatkan..kata Humairah, Ain perlu kuat untuk jadi srg muslimah.. srg muslimah itu apbl derita dia mengharapkan Allah semata2.. apbl tersungkur dia yakin bahawa Allah sentiasa bersama..apbl d uji sebegini, yakinlah Dia amat mengasihimu.. kata humairah lagi, Ain harus bangkit..berdoalah agar Allah permudahkan segalanya..dan Nasihat Humairah lagi, kalau betul dia jodoh Ain, dia pasti datang pada Ain bila saat itu tiba nanti..
Ain dan Humairah meneruskan perjungan utk peperiksaan SPM bermula..sesekali ada cuti, dan bila Aishah pulang, mereka bertiga pasti bertemu..macam2 cerita y d kongsi bersama.. kata Aishah, d MRSM, Allah mempertemukan Aishah bersama Zakiyah..srg sahabat y sangat luhur dan suci hatinya..Ain dan Humairah terlalu gembira mendengar perkhabaran dari Aishah..lantas, salam sayang drpd Ain dan Humairah d kirimkan buat Zakiyah walaupun tidak pernah bersua..

Dan apabila peperiksaan SPM d umumkan, Alhamdulillah, Ain, Humairah dan Aishah mendapat keputusan y cemerlang.. masing2 melanjutkan pelajaran d matrikulasi..  tetapi d tempat y berbeza2..sayu juga hati mereka bertiga..namun segala ketentuan Allah itu d terima dgn hati terbuka.. dan Allah itu Maha Penyayang.. Ain, Humairah dan Aishah aktif dalam jalan dakwah d pusat matrikulasi masing2.. masing2 d pertemukan dgn sahabat2 y hatinya mengharapkan redha Allah semata.. dan jalan kebaikan itu pasti tidak akan d sukai oleh manusia y hatinya terlalu menyintai dunia.. ketika hati Ain hampir mengalah, Allah mempertemukan Ain dgn srg sahabat y menyintai sahabatnya kerana Ilahi…alhamdulillah, Ain bangkit semula.. sahabat itu memimpin tgn Ain utk terus menuju redhaNya..sahabat Ain itu rupanya sedang berduka..namum dia lansung tidak menampakkan dukanya..kerana dia srg muslimah y cekal..senyumannya sentiasa menemani hari2 Ain bersamanya..mslimah itu srg y sgt berdikari..keyakinan terhadap Allah mengatasi lara d hatinya..Ain sangat mengaguminya.. kasih dan sayang semakin berputik d hati Ain terhadap sahabatnya itu.. terlalu bertambah kasih sayang Ain kepada sahabat itu apabila mendapat tahu bahawa sahabat itu adalah sahabat y menemani hari-hari Aishah ketika Aishah d MRSM..Zakiyah, sahabat Ain d matrikulsi, rupanya2 sahabat y pernah Aishah perihalkan kepada Ain dah Humairah.. perkhabaran itu lantas Ain sampaikan kepada Humairah dgn linangan air mata.. Humairah teramat terkejut lantas memanjatkan kesyukuran kpd Ilahi…
Kata Humairah, dia ingin sekali bertemu dgn Zakiyah y telah Allah izinkan utk membahagiakan dua sahabatbya,Ain dan Aishah..Dan setelah setahun berada d matrikulasi, Ain dan Zakiyah terpaksa akur untuk berpisah.. kerana masing2 d tawarkan ke universiti y berbeza.. dan jalan dakwah itu terlalu luas.. kita y harus pandai merebut peluang y ada..  d university, masing2 sibuk dgn amanah masing2..Humairah aktif berpesatuan di universitinya.. satu hari, Ain menerima panggilan dari Humairah.. kedengarannya suara humairah y teramat ceria dan gembira sekali.. sujud syukur padaMu Ya Ilahi.. Humairah d pertemukan dengan Zakiyah dalam satu jalan dakwah, d universiti y sama..Zakiyah bersama Humairah kini, gabungan y sangat mantap untuk sayap perjuangan.. Zakiyah y pernah bersama Aishah dalam jalan dakwah ketika d MRSM.. bersama Ain d matrikulasi.. bersama Humairah d alam university.. Dan semoga Allah swt mempertemukan Ain, Aishah, Humairah dan Zakiyah d syurga yang kekal abadi.. juga bersama sahabat2 lain yang akan sentiasa kekal d hati.. semoga Allah mengizinkan 4 sahabat itu untuk bertemu mata d dunia ini.. kerana 4 sahabat itu belum pernah bertemu dalam satu waktu y sama..andai bertemu, sujud syukur padaMu Ya Rabbi..atas segala kasih dan cinta dariMu…Kau Pemilik Segala Cinta..
Kurniakanlah kami cintaMu..dan cinta org2 y menyintaiMu..

1 comments:

alqasam said...

Askum.

Ain, ustazah doakan yang terbaik dan semoga dalam RahmahNYA selalu.

Bukankah mereka yang bertemu dan berpisah akan dihimpunkan di bawah lembayung tika tiada lembayung kelak?