Tuesday, March 30, 2010

*Cinta itu tidak perlu di suruh..

Cinta itu tidak perlu di suruh..

Cinta itu tidak juga d paksa..

Cinta itu mengalir sendiri..

Cinta itu keluar sendiri..

Kenalkan saja...tak usah di suruh cinta, pasti akan cinta bila sudah kenal..

Kita akan merasa sendiri cinta itu..tanpa perlu di suruh..

Maka kenalilah Muhammad SAW..

Kenalilah akhlak dan peribadi baginda..pasti akan cinta..



Kata-kata di atas adalah antara ungkapan terakhir oleh Kiyai Hj Ali Badri Azmat Khan ketika membicarakan mengenai Kesempurnaan Rasulullah SAW di Majlis Silatulrahim Pondok dan Sambutan Maulidul Rasul 1431H/2010M..Pada 4 dan 5 Rabiul Akhir bersamaan 20 & 21 Mac 2010..Bertempat di Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong, Kuala Terengganu.. Anjuran bersama Ittihad Al-Madaris Al-Islamiyyah (ITMAM) dan Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong..

Kiyai Hj Ali Badri Azmat Khan

Tetamu dari pelbagai negeri mewakili pondok yang ada di Malaysia turut menghadirkan diri.. Antara pelajar dan guru pondok yang hadir ialah dari Pondok Pasir Puteh, Kelantan, Pondok Pasir TUmbuh, Kelantan.. Pondok Pulau Manis, Kuala Terengganu..Madrasah Al-Hidayah, Kuala Terengganu.. Turut hadir tetamu-tetamu dari Kedah, Johor dan banyak lagi..

Setiap tahun umat Islam mengadakan sambutan Maulidul rasul Rasul Junjungan kita nabi Muhammad SAW.. rasul pembawa rahmat dan kesejahteraan ke seluruh alam..Maka atas rasa tanda kasih dan kegembiraan di atas kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW ini maka umat Islam seluruh dunia menyatakan kegembiraan dan kesyukuran di atas kelahiran baginda.. Sesungguhnya terlalu banyak kemuliaan dan kelebihan di dalam menyambut kelahiran Rasulullah SAW.. Di antaranya sebagaimana yang diperkatakan oleh:

Saidina Abu Bakar as Siddiq : ‘’Sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulud Nabi SAW, maka dia akan menjadi temanku di dalam syurga’’

Dan sebagaimana telah diperkatakan oleh Imam Safi’i: “ Sesiapa yang menghimpunkan saudaranya (sesame Islam) untuk mengadakan majlis maulud Nabi SAW, menyediakan makanan dan tempat serta melakukan kebaikan dan dia menjadi sebab di baca maulud Nabi SAW itu, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari akhirat bersama ahli siddiqin, syuhada dan solihin serta berada di dalam syurga-syurga Na’im

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ HAji Shaikh Harun Bin Shaikh Ismail (Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu..) dan ucapan aluan oleh Tuan Guru Syed Suhaimi bin Syed Hassan al-Hadi, (Mudir Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong).

Antara program yang telah dijalankan ialah Pengajian oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki.. Syeikh Fahmi Zam Zam membicarakan mengenai Kitab Qasidah BUrdah.. dilahirkan di Kalimantan Selatan..Beliau telah bergiat aktif dalam usaha pengeluaran kitab-kitab bahasa Melayu..Beliau telah banyak menyusun kitab-kitab kumpulan Hadis-hadis seperti ’40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman’ , ’40 hadis Penawar Hati’ , ’40 hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama..’ Beliau juga mentahkik dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama’ Nusantara As-Sheikh Abdul Samad Al-Falimbani seperti ‘Sairus Salikin’ (4 jilid), dan ‘Hidayatus Salikin’.. Beliau juga menterjemahkan kitab-kitab tasawuf yang ulung seperti ‘Bidayatul Hidayah’ dan ‘Ayyuhal Walad’ karangan Imam Al-Ghazali serta ‘Bustanul Arifin’ karangan Iman An-Nawawi..

Juga pengajian oleh Syeikh Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani.. Syeikh Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani di lahirkan di Indonesia.. merupakan cucu kepada seorang ulama’ alam melayu yang terkenal di Mekah iaitu asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar Ibnu Arabi bi n Ali al-Jawi al-Bantani atau Syaikh Nawawi Bantan..Beliau mendapat pendidikan di Pesantren Cirebon Jawa Barat, Pesantern Lirboyo, Uniiversitas Syarif Hidayatullah di Jakarta dan Universiti Al-Azhar, Mesir.. Beliau merupakan tenaga pengajar merangkap pengetua di Dar hasani, Mesir dan merupakan khalifah (muqadam ) kepada Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani dalam thariqah asy-Syaadhullyah ad-Darqowiyah..Juga menjadi tenaga pengajar di Ma’ahad Az-Zain di Bogor bagi membantu Sheikh Muhammmad Noeruddin al-Banjari..

Antara ulama’ lain yang menyampaikan ceramah ialah

-Saiyyidi Ahmad Al-Hadi Al-Maghribi

-Kiyai Hj. Ali Badri Azmat Khan – Indonesia

-Habib Ahmad Umar Hussin Bafaddhol Al-Masyhur -Tarim

-Ustaz Hussein Abdul Kadir- Pondok Pasir Tumbuh

-Dr. Mohd Syukri Yeoh Abdullah – Pensyarah Institut Tamadun Melayu,UKM

Ceramah-ceramah ini turut diselangi dengan persembahan Qasidah pimpinan pelajar Madrasah Darul Muhajirin dan Madrasah Sirotol Mustaqim

Para penceramah telah memperihalkan mengenai kesempurnaan akhlak baginda SAW..bagaimana kecintaan baginda kepada umatnya..di saat kewafatan baginda, masih bimbang akan umatnya.. juga kerana terlalu cintakan umat, sehingga baginda tidak sanggup melihat umatnya dimamah api neraka..lantas baginda mohom kepada Allah swt agar tidak di campakkan umatnya ke neraka..di saat hari perhitungan di akhirat sana, di saat baginda telah dapat menikmati syurga Allah, baginda keluar untuk mencari umatnya..di kala baginda ternampak sekelompok umatnya di tahan oleh malaikat daripada memasuki syurga, baginda memohon kepada Allah agar kelompok umatnya tadi diizinkan Allah untuk ke syurga.. dan Muhammad itu kekasih Allah..Allah menunaikan permintaan kekasihNya.... berulang kali Rasulullah SAW keluar dari syurga untuk mencari umatnya..ingin sekali baginda melihat umatnya semua ke syurga.. kerana terlalu kasihkan amat.. sehingga para malaikat terpaksa menyembunyikan dahulu umat baginda yang akan di campakkan ke neraka.. begitu besar kasih dan cinta baginda kepada kita.. Lantas bagaimana pula dengan kita?? Tanyalah imanmu wahai saudaraku..

Semoga kita tergolong di kalangan umat baginda yang beroleh syafaat di sana nanti..amin..


0 comments: